View: 8863|Reply: 13
|
Pelajar Biadab Samakan Muka Cikgu Dengan Suspek Kes Bunuh Zaharif!
[Copy link]
|
|
Seorang guru dikenali sebagai Muhd Nur Halim atau Sir Halim dalam kalangan pelajarnya yang selama ini disenangi ramai kerana memiliki perwatakan santai dan kelakar berubah tegas kerana gurauan kasar.
Menerusi satu sesi pembelajaran secara dalam talian, Halim dilihat terganggu dengan komen seorang pelajar yang mengaitkan wajahnya dengan suspek yang didakwa di mahkamah berhubung kes kematian seorang pelajar Tingkatan 5 baru-baru ini.
“Sir macam pegawai yang (didakwa) langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tu,” demikian tulis pelajar berkenaan di ruangan komen dan kemudian dibaca Halim.
Dengan reaksi wajah terkejut, Halim cuba mencari semula komen remaja berkenaan ketika bersiaran langsung.
“Macam inilah abang, kakak... boleh saya nak cakap sesuatu? Kelas dah berjalan selama 30 minit. Apa yang saya nak beritahu kat sini adalah benda yang paling penting tentang hormat.
“Bagi saya, penghormatan adalah sesuatu yang diperolehi dan bukannya diberikan. Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita (sekarang),” katanya yang merupakan tutor mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
Disebabkan mulut pelajar itu yang celupar, guru tersebut cuba menyampaikan sesuatu peringatan dengan maksud yang amat mendalam, namun menginsafkan.
“Saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar. (Tapi) saya takut apabila sebut nama awak... nanti masuk kelas Tingkatan 4, tiba-tiba ada orang cakap ‘eh bukan kau ke yang kena marah?’.
“Jadi kalau kena macam tu nanti, takut awak malu dan pada ketika itu saya dah tak kisah apa dah. Nanti apabila awak malu, akan tertekan.
“Apabila awak tertekan, akan tak belajar. Lepas tu awak akan anxiety. Akhirnya nanti awak akan meninggal dunia sebagai seorang yang gagal,” ujarnya.
Guru itu kemudian mengajukan soalan kepada pelajar berkenaan susulan sikap biadab yang dilakukan secara terang-terang di hadapan pelajar lain dalam sesi pembelajaran itu.
“Berbaloi ke untuk tidak menghormati saya? Itu je. Jika rasa berbaloi, teruskan,” katanya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan pelajar berkenaan yang tidak menghormati guru terutama ketika sesi pembelajaran.
Pada masa sama, ramai yang memuji sikap rasional guru tersebut yang cuba memberi nasihat dan pengajaran dengan cara yang meninggalkan kesan mendalam.
“Sir tu kelakar sangat tau. Tapi sekali sir tegur atau marah, memang takut.
“Syabas sir... gurau tak kena tempat. Kita dulu gurau dengan cikgu fikir 100 kali kot memang tak berani.
“Masa belajar dulu aku nak bergurau dengan guru pun tak berani.
“Wow balas dengan deep (mendalam) dengan cara yang baik. Bagus sir.
“Bagus cara sir ni. Walaupun tengah geram, dia tahu nak keluarkan bahasa rasional lagi siap ada kesan lagi,” demikian antara komen netizen.
Terdahulu, dilaporkan calon SPM, Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi maut selepas didakwa dilanggar pegawai kanan polis berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru, pada 15 Disember lalu.
Sebelum kejadian, konflik dikatakan tercetus antara pegawai kanan polis berkenaan dan mangsa susulan tindakan remaja tersebut membuat bunyi bising menggunakan ekzos motosikalnya.
Laporan bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.
Pegawai kanan polis berusia 44 tahun itu pada Isnin lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh, atas tuduhan membunuh dan mahkamah menetapkan 7 Februari 2024 bagi sebutan semula kes. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Kurangkan bergurau atau cakap benda lagho biar orang segam dan hormat kita.
Lagi lagi gurau bugh3t perempuan, kon3k lelaki..takde orang nak hormat, diorg minta pinjam duit lagi ada |
|
|
|
|
|
|
|
Kena cakap camtu ja pon terus membebel panjang. Kalau kena cakap muka macam Fattah Amin mesti gembira tersipu2 malu maluin. |
|
|
|
|
|
|
|
Halah..halah..halahhhhhhh..
Demi secebis limelight tonggeng kes nih xkira angle.
Yih. |
|
|
|
|
|
|
|
sabor cikgu..sabor..cikgu tengh berdepan ngn bbnu tu...sedang kan cikgu rose yg ngajor rentua pon...voleh pening.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapa tak hangin disamakan dgn pembunuh, cuba dgn retis korea ke |
|
|
|
|
|
|
|
I thought Sir tak boleh digunakan sewenang2nya? bukan sir tu title utk British citizen yang dapat knighthood from UK Monarch ke? I ada tengok video kt TT untuk lelaki yg jadi pengajar, cikgu or lecturer etc cukup panggil dengan panggilan Mr je if nak hormat..mcm Mr Halim, Mr Daud.. |
|
|
|
|
|
|
|
Soon percayalah org makin meluat tengok terpaling sir ni plak.. |
|
|
|
|
|
|
|
cepat sentap mcm bapok....
kalau dia tgh drive, student tu tanya mcm tu, mau dia langgar budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
E'eleh . Cakap muka sama pun sntap ke ?? Zaman sekolah dulu aku ada kawan nama Izatti muka macam nak sama dengan arwah mona fendey sampai orang panggil dia' izatti mona fendey ' tapi dia rilek je ...muka sama tak semesti perangai sama . Muka tu tak salah sebab itu ciptaan tuhan , perangai tu yang jangan ikut . Polis yg langgar budak tu muka bukannya hodoh sangat pun ..Lagi satu , betul jugak ye gelaran 'sir' ni patutnya bukan boleh guna sebarangan , kalau dekat Britain tu dia macam title 'datuk' macam tu kan . Lelaki biasa guna 'Mr' je .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dlm gmbr 1st tu mcm dia tunjuk middle finger jerr |
|
|
|
|
|
|
| |
|