CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28002|Reply: 0

[Tempatan] Kartel dalam ketakutan,Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali sedang memburu mereka hingga lubang cacing

[Copy link]
Post time 23-12-2023 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 23-12-2023 08:11 PM

PAPAR: Pendedahan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) berhubung penglibatan lima syarikat membentuk ‘kartel makanan ayam’ membuka ruang kepada tindakan undang-undang terhadap beberapa lagi kes yang sedang disiasat.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya menerusi MyCC sedang menjalankan siasatan terhadap beberapa lagi kes yang bukan hanya membabitkan kartel tetapi tipuan bidaan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan kes berkenaan.

Katanya, peranan MyCC pada tahun depan menjadi jauh lebih penting susulan penyasaran semula subsidi dan pelaksanaan tender terbuka yang memberi ruang kepada tipuan bidaan.

Beliau berkata, sekiranya penyasaran semula subsidi dilakukan, harga barang keperluan diapungkan mengikut keadaan pasaran.

“Ini memberi risiko kepada wujudnya kartel dalam kalangan industri yang berpakat untuk sama-sama menaikkan harga dan mengawal pengeluaran barangan di pasaran.

“Saya fikir kes semalam adalah kes terbesar sejak MyCC ditubuhkan pada 2011 yang melibatkan denda RM415 juta terhadap lima syarikat.  Saya harap dengan adanya kes ini boleh menjadi peringatan kepada industri supaya menjaga etika dalam berniaga dan sama-sama mewujudkan persaingan yang sihat,” katanya selepas perasmian Trek Larian getah sintetik di Padang Pekan Papar, di sini hari ini.

Menurut Armizan, kerajaan sekarang juga memberi fokus kepada usaha memperbanyak tender-tender terbuka dan itu akan mendatangkan risiko tipuan bidaan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata, apabila syarikat-syarikat berpakat membida harga tertentu, mereka boleh mempengaruhi penilaian tender yang membolehkan kumpulan tersebut berpeluang mendapat projek berkenaan.

“Jadi fokus kita dalam KPDN khususnya MyCC pada tahun depan, kita akan beri fokus untuk pastikan dasar kerajaan sama ada subsidi bersasar mahupun tender terbuka berjalan dengan baik.

“Kita akan pertingkat penguatkuasaan pada tahun depan bagi mengekang kartel dalam tiga sektor utama iaitu makanan, pertanian dan tipuan bidaan. Kita akan pastikan wujudnya perdagangan dalam negeri yang sihat dan proses persaingan digalakkan dan dikawal dengan sebaiknya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kartel membabitkan empat komponen utama iaitu dalam membentuk pakatan harga, pakatan pasaran, pakatan pengeluaran dan pakatan tipuan bidaan yang mana semuanya boleh memanipulasi pasaran.

“Itu sebabnya MyCC ditubuhkan bagi menguatkuasakan Akta Persaingan 2010 bagi mengekang kewujudan kartel yang dianggap sebagai satu sabotaj kepada ekonomi dan memberi kesan paling besar kepada kos sara hidup rakyat,” katanya.

Kata beliau, apabila pihak tertentu memanipulasi pasaran dengan menaikkan harga barangan untuk mengaut keuntungan maksimum, pihak yang mengalami kerugian adalah rakyat. – UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.086396 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list