Bangkok: Sebuah rumah yang diduduki seorang pesohor YouTube di daerah Mueang diserbu polis Thailand, manakala sebanyak 87 senjata api ditemui, lapor portal berita Thaiger semalam.
Serbuan yang dirancang untuk mengukuhkan keselamatan awam menjelang musim perayaan Krismas dan cuti hujung tahun itu membawa kepada penemuan 87 senjata api pelbagai jenis bersama 4,576 butir peluru dan tujuh magazin di rumah tersebut.
Ketua Polis Bandar Phitsanulok, Mejar Nikhom Kheunopparat mendedahkan penemuan yang membimbangkan itu, lapor akhbar Bangkok Post.
Pesohor media sosial berkenaan, Trinsak Wachirasrisirikul, 33, yang memiliki saluran YouTube, Tacticool BoB berkata, semua senjata api yang ditemui telah diwarisi dan didaftarkan secara sah di bawah nama bapanya.
Bagaimanapun, polis masih meneliti kesahihan pemindahan hak milik itu.
Sekiranya tiada penyerahan dilakukan secara sah, Trinsak mungkin menghadapi pertuduhan memiliki senjata api dan peluru tanpa permit, kata Nikhom.
Post time 23-12-2023 09:09 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu aku gi pdg besar, sebelah msia je....
Ada org kaya pi shopping, ada 4org bodyguard dgn senapang ikut dia....tak pernah nmpak mcm tu kat msia.....bodyguard tu pulak bkn mcm guard kat kedai emas dok statik kat situ....mata melilau dgn tgn ready je nk menembak.....seram aku weiii.....tak pasal2 mati katak pulak aku
Post time 23-12-2023 09:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
dani-rox replied at 23-12-2023 08:59 PM
banyak2 mcm tu nak buat apa ya? kat sana tak dianggap tahap jenayah melancarkan perang terhadap raja ...
Bkn perang dgn raja deme.. ni ala2 kartel dadah mexico ka latin amerika.. dok umah agam, ada guns.. nak piu piu piu pun senang bila geng kartel bergaduh berebut kawasan