CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24265|Reply: 0

[Tempatan] MIC terima permohonan maaf PMX: Jadikan pengajaran

[Copy link]
Post time 24-12-2023 07:29 PM | Show all posts |Read mode
MIC terima permohonan maaf PM: Jadikan pengajaran

https://www.malaysiakini.com/news/691097

Diterbitkan:  Dec 24, 2023 12:00 PM⋅
Dikemaskini: 12:00 PM



MIC mengalu-alukan permohonan maaf Perdana Menteri Anwar Ibrahim kerana menggunakan perkataan "keling" semasa program di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada Khamis.

Pun begitu Timbalan Presidennya M Saravanan menegaskan kejadian itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua pemimpin di Malaysia.

“Ini seharusnya menjadi pengajaran kepada semua pemimpin supaya tidak menginjak sensitiviti kaum lain di negara ini.

“Saya telah menerima pertanyaan daripada media, ahli parti dan masyarakat India Malaysia pada umumnya berhubung petikan kata-kata perdana menteri kita menggunakan perkataan keling di sebuah forum.



"Video perdana menteri merujuk bahasa Tamil kepada 'bahasa Keling' telah tersebar secara meluas dan telah menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat India Malaysia," katanya pada satu kenyataan hari ini.

Walaupun Anwar menjelaskan dia bercakap berdasarkan konteks sejarah, Saravanan berkata perkataan itu dianggap menghina pada masa kini dan oleh itu penggunaannya harus dielakkan.

“Walaupun perdana menteri kita mungkin tidak mempunyai niat jahat dalam mengeluarkan perkataan itu, ia sudah tentu mengguris perasaan masyarakat yang telah menyokong kerajaan sedia ada untuk berkuasa pada pilihan raya umum lalu.

"Saya secara peribadi telah menghantar pesanan ringkas kepada perdana menteri berhubung isu yang mencetuskan rasa tidak puas hati kaum India Malaysia terhadap insiden tersebut dan berharap kejadian sebegitu tidak berulang terutamanya daripada perdana menteri kita," tegas pemimpin MIC itu lagi.



Semasa sesi dialog di UPSI pada Khamis lalu, perdana menteri menceritakan mengenai Hang Tuah ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka, termasuk fasih dalam pelbagai bahasa.

Pahlawan Melayu itu, kata Anwar, boleh bercakap dengan baik bukan sahaja dalam bahasa Melayu tetapi juga dalam "Bahasa Jawa, Bahasa Siam, dan juga 'Bahasa keling' atau Tamil.

Anwar menjelaskan lanjut perkara itu kemudian pada pada Sesi Dialog Perdana Menteri bersama Ketua Pengarang serta Pengarang-Pengarang Kanan Media Elektronik, Media Cetak dan Dalam Talian di Putrajaya.

Anwar berkata penggunaan frasa itu dipetik daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.

Katanya, penggunaan frasa itu dipetik daripada buku bertajuk Hikayat Hang Tuah, dan bukan bertujuan untuk menghina mana-mana pihak.

"Kalau ada yang salah faham, saya minta maaf, bukan niat saya.

"Saya orang terakhir yang melontarkan ekspresi menghina kaum dan agama," katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.050612 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list