Dalam perkongsian sama, pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini sempat meminta pengikutnya untuk menonton sebuah program keagamaan yang bakal bersiaran Ramadan tahun depan.
“Jika benar sayang tengoklah saya mengaji akan keluar bulan puasa nanti,” ujarnya.
Sebelum ini, nama Aprena menjadi sebutan netizen gara-gara mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan bahagian leher biarpun dirinya berhijab.
Rata-rata netizen mendakwa tindakan aktres berkenaan sebagai petanda untuk memberitahu dirinya bakal kembali tidak bertudung.
Sumber: mStar