CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11592|Reply: 3

Rita Rudaini selar guru tuduh anak rampas kuota B40 masuk asrama

[Copy link]
Post time 29-12-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode



Pelakon Rita Rudaini berang apabila dituduh merampas hak golongan kurang berkemampuan atau B40 dengan menghantar anaknya ke sekolah kebangsaan yang ditanggung kerajaan.

Lebih membuatkan pelakon berusia 47 tahun itu ‘mengamuk’ adalah tuduhan berbaur fitnah itu datang daripada individu bergelar guru.

“Dahulu, guru ini umpama lilin yang berkorban apa sahaja untuk memastikan murid-muridnya mendapatkan ilmu.

“Sekarang, ada segelintir guru umpama racun, asid dan toksik. Lebih suka mengumpat dan memfitnah pelajar serta ibu bapa daripada mengajar.

“Tahu-tahu hujung bulan cucuk duit di mesin pengeluaran wang. Sangat jijik!” tulis di InstaStory di sini.

Rita yang popular menerusi filem Mami Jarum, perkara tersebut dilalui anaknya selepas bertukar daripada sekolah swasta ke sekolah kerajaan.

“Beginilah nasib, dari sekolah swasta ke sekolah biasa. Difitnah ambil kuota B40 pula. Pemfitnah pula cikgu. Tidak layak digelar pendidik, sangat perangai.
“Mentaliti golongan ini ialah setiap kali individu dari keluarga T20 masuk sekolah tersebut, dituduh ambil hak B40 atau guna kroni.

“Kenapa, adakah semua anak-anak keluarga T20 bodoh? Mereka ini memang jenis tak percaya dengan rezeki Allah. Buanglah mentaliti kolot!” selarnya.

Rita juga menyelar sikap segelintir guru yang suka menjadi tepi kain orang tetapi tidak selari dengan imej seorang Muslim.
“Cikgu buka sahajalah tudung daripada terus memfitnah saya.

“Cikgu ni nak jadi apa sebenarnya? Hendak menjadi guru atau mak cik bawang?,” kata tanpa memberikan perincian nama sekolah dan guru yang dimaksudkan

Dramatis kelahiran Perlis itu bagaimanapun sentiasa yakin dengan rezeki yang diberikan Tuhan dan tidak gentar sekiranya terus dipinggirkan dalam kehidupan bermasyarakat.

“Sabar saya ada had, tidak kacau orang tetapi orang jangan ganggu pula.

“Jangan lupa bahawa saya tidak pernah takut hilang pekerjaan kerana saya pernah tiada tawaran berlakon dan dipinggirkan selama tiga tahun kerana tidak ambil vaksin.

“Itu bukan penamat hidup sebab saya percaya bahawa rezeki, harta dan pangkat semuanya daripada Allah,” tuturnya. – MalaysiaGazette


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Up........
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju dia buruk ke cutting badan dia yg aneh
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
likilu replied at 29-12-2023 10:30 PM
Baju dia buruk ke cutting badan dia yg aneh

Semua okay; just baju tu patern kurung modern tahun 1992 hihi; zaman I espeyem; cam tulah kurung kurung modern tu patern dia. Ewah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058722 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list