CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35547|Reply: 1

Ropie Cecupak terpaksa simpan tenaga

[Copy link]
Post time 30-12-2023 04:01 PM | Show all posts |Read mode
Ropie Cecupak terpaksa simpan tenaga


Ropie. FOTO Saifullizan Tamadi

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ropie Cecupak memberitahu dia terpaksa mengehadkan perlakuan di lokasi penggambaran atas faktor usia dan kesihatan.

Ropie atau nama sebenarnya Zahid Tajuddin, 56, berkata, dia hanya akan menggunakan tenaga untuk sesi latihan dan dalam penggambaran sebenar.

"Tenaga memang dah tak macam dulu. Sebelum ini saya jenis yang suka buat kecoh di set. Bila umur begini, saya simpan tenaga itu sepenuhnya untuk kerja sahaja.

"Karakter gila-gila hanya wujud bila pengarah sebut 'action'! Yang selebihnya saya duduk diam dan berehat," katanya yang ditemui di lokasi filem Pontianak 200kg di Ijok, baru-baru ini.


Menurutnya, dia jarang mengamalkan mengambil suplemen kesihatan, tetapi hanya akan makan ubat jika tidak sihat.

"Saya pun dah lama sebenarnya tak buat pemeriksaan kesihatan. Takut nak buat sebenarnya. Memang nak buat tapi takut bila dapat tahu ada apa-apa penyakit pula. Bila dapat tahu lagi panik.

"Jadi saya beringatlah. Kalau kawan-kawan bagi suplemen saya makanlah. Nak harap saya beli memang tak adalah," katanya.

Ditanya berkenaan kehidupan peribadi, Ropie berkata, dia memerlukan sekitar RM10,000 sebulan untuk membayar pelbagai kos.

"Ia bukan bermakna senang sangat dan tidaklah bawah sangat, tapi cukup untuk bayar itu ini. Kalau nak cakap bab panik, tidaklah kerana ada buat simpanan.

"Bila ada simpanan tak rasa panik. Macam waktu mula-mula berlakon, memang panik. Saya ada sasaran satu hingga 15 haribulan akan senyum. Masuk 16 haribulan kalau tiada tawaran akan termenung.

"Waktu itu anak-anak pun kecil lagi. Sekarang bila ada rezeki saya beringat untuk simpan. Saya pun dah berumur. Apa lagi nak cari. Alhamdulillah semua dah jadi hak milik sendiri.

"Anak-anak dengan bekas isteri pun dah besar. Yang sulung, lelaki umur 28, yang kedua umur 27, dan yang bongsu umur 24. Anak saya dua perempuan dan seorang lelaki. Saya pun dah ada seorang cucu," katanya.


SUMBER:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... paksa-simpan-tenaga

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2023 04:29 PM | Show all posts
anxiety dia ni..mmg nampak dia macam susah hati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.269405 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list