View: 46520|Reply: 7
|
Hamdan Senario ditidurkan selepas jangkitan kuman dalam darah
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli, 54, terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.
Anak bongsunya, Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit sejak semalam.
"Ayah mengalami cirit-birit sejak semalam dan keadaannya masih sama pada jam 10 pagi tadi.
Jadi, kami bawa ke hospital kira-kira jam 11 pagi sebelum doktor ambil darah.
"Kemudiannya, ayah tiba-tiba cakap tak boleh bernafas dan minta panggil doktor untuk berikan oksigen selepas empat jam menunggu.
"Selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan ayah terpaksa ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darahnya tinggi," katanya kepada BH Online.
Hamdan bertandang ke Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Bagaimanapun, Nur Natasya berkata, bapanya dalam keadaan stabil, namun masih tidak pasti berapa lama perlu ditidurkan.
"Sebelum ini, ayah memang okay (tiada sakit), tapi doktor kata kuman dalam darah tinggi sebab itu ayah perlu ditidurkan. Darah ayah juga rendah dan jantungnya lemah.
"Doktor kata, walaupun ditidurkan, tapi ayah masih stabil. Tak tahu lagi berapa lama ayah perlu ditidurkan.
"Sekarang, kami sekeluarga ada dengan ayah di hospital dan akan menjaganya secara bergilir," katanya.
Pada masa sama, Nur Natasya memohon orang ramai menitipkan doa supaya ayahnya dapat kembali pulih seperti biasa.
"Saya mohon sangat doakan kesihatan ayah. Kami sekeluarga betul-betul memerlukan doa anda semua," kata Nur Natasya yang gagal menahan sebak.
Semalam, Hamdan atau nama sebenar, Ahmad Hamdan Mohamed Ramli bertandang ke Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion, malam ini.
Akibat masalah kesihatan menimpa sehingga terpaksa ditidurkan di hospital, Nur Natasya memaklumkan, acara berkenaan akan berlangsung tanpa bapanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya. Cirit birit tibe2 ada kuman dalam darah .
Elok dengan anak tiba2 sesak nafas and ditidokan
Cirit birit sb eh. Salah makan ke? Teringat kes sandwich kat rnr perasing. Ada yg meninggal kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh x stop guna term ditidurkan.. intubated la.. nanti netizen2 kaki konspirashit tak habis2 salahkan kkm |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberikan kesembuhan hendakNya..
Byk lak kes sihat tertiba terus sakit |
|
|
|
|
|
|
|
pergh artis umur 50 an semua sakit teruk teruk sekarang ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
I tengok video anak dia kena interview..cara cakap macam salahkan pihak hospital sbb bapak dia kena intubated.. ulang kali dia cakap bapak dia ok, sihat je, cuma malam tu je cirit birit pastu kena tunggu plak 4hrs kt emergency...sampai dia desak mak dia bawak gi klinik je sbb lama tunggu doktor, tapi mak dia x nak... Anak dia in denial..tapi bapak dia dah cirit birit satu hari kot n diorang suap coklat kat bapak dia sblm gi hosp sebb air dalam badan da banyak keluar dia ... Mungkin diorang takut hamdan ni hypo ...pesakit diabetic ni kalau x jaga makan, ambik supplement apa2 ntah, ubat doktor pun kadang makan kadang tak - dia jadi macam time bomb ye... Hmm semoga cepat sembuh utk uncle hamdan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Moga Allah permudahkan urusan pak hamdan...aamiin |
|
|
|
|
|
|
| |
|