CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12168|Reply: 0

Tip ‘tahun baharu gaya baharu’ daripada Min Luna

[Copy link]
Post time 2-1-2024 08:46 AM | Show all posts |Read mode


TAHUN 2024 sudah pun memasuki hari keduanya hari ini dan pasti ramai yang sudah pun menanam azam baharu yang mahu dicapai sepanjang tahun ini.

Frasa ‘tahun baharu, gaya baharu’ mungkin antara yang disenaraikan sebagai salah satu azam kerana apabila memasuki tahun baharu, sudah tentu gaya yang lebih trendy dan segar menjadi pilihan.

Penata gaya terkenal tanah air, Min Luna yang merupakan individu penting di sebalik gaya fesyen selebriti seperti Neelofa, Scha Alyahya, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Remy Ishak, Nabila Huda, Rozita Che Wan, Datuk Sheila Majid dan juga Ziana Zain baru-baru ini berkongsi tip bergaya untuk 2024.

Ujar Min Luna, terdapat beberapa perkara yang perlu ditinggalkan bagi meraikan gaya baharu yang lebih segar buat tahun ini.

“Menurut saya, untuk 2024 ini, cuba tinggalkan pakaian yang anda rasa bukan diri anda.

“Ia kedengaran mudah, namun jika dilihat, ramai yang terikut-ikut sesetengah gaya walaupun mereka mungkin sedar atau tahu bahawa gaya tersebut bukanlah gaya mereka.

“Sebagai contoh, penggayaan seluar kargo yang dilihat menjadi trend kebelakangan ini. Sekiranya anda tahu bahawa seluar kargo itu bukan diri anda, maka tinggalkan ia dan jangan gayakan seluar sedemikian hanya kerana anda melihat orang lain memakai seluar kargo,” kongsinya kepada Stailo.

Faktor pertambahan usia yang berlaku seiring dengan sambutan tahun baharu juga menjadikan seseorang itu lebih terpanggil untuk menjadi diri sendiri.

“Secara peribadinya, saya berasa bahawa apabila usia kita bertambah, kita lebih merasakan perlunya untuk menjadi diri sendiri dan tidak akan memaksa diri untuk menggayakan sesuatu yang bukan untuk kita,” tambahnya.

Selain itu, Min Luna juga menyarankan kepada orang ramai khususnya golongan ibu atau wanita berkerjaya untuk merancang outfit yang mahu dipakai lebih awal.

Hal ini kerana, selain menjimatkan waktu bersiap, ia juga boleh menjadikan hari seseorang itu lebih lancar dan teratur.

“Bagi saya, alasan lewat bersiap kerana tidak tahu mahu memadankan tudung yang mana dengan pakaian yang sedang dipakai itu seharusnya ditinggalkan pada 2023 dan bagi tahun ini, rancang siap-siap pakaian yang mahu dipakai daripada baju, seluar, tudung sehinggalah tas tangan anda selama seminggu.

“Ini boleh menjimatkan masa dan memastikan anda tampak cantik sebaik sahaja keluar dari rumah,” katanya.

Sekiranya anda merasakan merancang pakaian selama seminggu itu terlalu membebankan, Min Luna menyarankan mulakan dengan merancang apa yang anda mahu pakai pada hari tersebut dahulu dan padankan dengan pakaian-pakaian lain.

“Sebagai contoh, sekiranya pada hari tersebut anda sudah tahu bahawa anda mahu menggayakan tudung bercorak, maka fokus terhadap tudung tersebut dan apa yang ‘masuk’ jika digayakan bersama.

“Apa sahaja pakaian yang tidak kena dengan tudung tersebut perlu disingkirkan terus daripada fikiran. Ini lebih menjimatkan masa dan anda boleh terus fokus terhadap gaya yang ingin ditampilkan,” katanya.

Min Luna turut mengingatkan orang ramai untuk memakai aneka warna dan tidak tertumpu kepada hanya satu warna.

“Raikan pelbagai warna yang ada di dunia ini dan bagi 2024, saya sarankan supaya anda cuba menggayakan warna-warna ini.

“Percayalah, jika anda gayakan walau hanya satu warna yang menarik pada pakaian sedia ada, walaupun ringkas, ia mampu mengubah look anda dengan drastik,” katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.261864 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list