View: 12175|Reply: 7
|
Senario tergamam Hamdan ditidurkan,terpaksa teruskan persembahan
[Copy link]
|
|
Edited by CARI-MRO at 2-1-2024 10:21 AM
Anggota kumpulan Senario terpaksa meneruskan persembahan di Johor Bahru pada malam Ahad walaupun tanpa kehadiran Hamdan yang ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Azlee atau Azlee Jaafar, 57, berkata, mereka semua terkejut apabila mendapat perkhabaran Hamdan ditidurkan memandangkan malam sebelumnya mereka sempat makan malam dan bertemu peminat bagi mempromosikan konsert mereka.
Jelasnya Hamdan atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli, 55, kelihatan ceria dan bersemangat ketika tiba di Johor selain tidak menunjukkan sebarang tanda sedang sakit.
"Saya tengok dia memang ceria malah kami sempat makan malam bersama.
"Apabila pagi semalam (Ahad) saya dapat tahu dia tak sihat, saya beritahu semua bagi Hamdan rehat supaya dia boleh buat persembahan pada sebelah malam.
"Namun disebabkan Hamdan dimasukkan ke hospital dan ditidurkan, macam mana sekali pun kami harus teruskan persembahan," katanya kepada mStar.
Senario berada di Johor Bahru bagi mengadakan persembahan di Hotel Sentral, Johor Bahru bersama semua anggota asalnya termasuk Wahid, Saiful Apek, Yasin dan Ilya.
Tambah Azlee, sebagai sahabat dia sebak mengenangkan ulang tahun ke-25 Senario tanpa kehadiran Hamdan namun menganggap ujian tersebut mempunyai hikmah tersendiri.
Azlee memberitahu dia tidak tahu sama ada sahabatnya itu mempunyai sebarang penyakit kerana dia sering dilihat ceria termasuk ketika membuat siaran langsung di TikTok.
"Hamdan seorang yang ceria... Setiap malam saya masuk dalam live di TikTok dia nampak sihat sahaja.
"Apa membuatkan kami susah hati sebab dia ditidurkan. Bila isterinya beritahu keadaaan Hamdan yang kritikal kami rasa sebak sebab semalam ulang tahun Senario yang ke-27, kami memang cukup akrab.
"Tahun ini pun kami akan menjalani penggambaran filem Senario Legend tapi itulah kalau difikirkan semula setiap ujian tanda Allah sayangkan kita," jelasnya.
Pada malam Sabtu pelawak itu mengalami cirit-birit namun menganggap ia mungkin disebabkan keracunan makanan.
Bagaimanapun selepas dibawa ke hospital, doktor memberitahu Hamdan mengalami jangkitan kuman dalam darah dan perlu ditidurkan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bila dengar ditidurkan ni terus rasa seram, kesian tengok anak-anak hamdan ni nangis |
|
|
|
|
|
|
|
Org tua skrng ni kenapa ramai kena jangkitan kuman.
Mcm sedara i baru je meninggal kena jangkitan kuman juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
Gws hamdan. Suara dia sedapp |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dengan Sepahtu sekarang ni Ilya kan?
Tapi dgn Senario ni dia join jugak
Kira dua2 group dia join lah ek |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan mana Lan Pet Pet??aku tengok semua ahli senario even Pakya berkampung dekat HSA sana..dah putus sahabat ke Lan dengan dorang ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|