CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16288|Reply: 1

Awal Ashaari dan keluarga tak rasa gegaran gempa bumi, tenang bercuti di Jepun

[Copy link]
Post time 2-1-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Awal Ashaari memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan selamat susulan bencana gempa bumi yang melanda Jepun pada Ahad lalu.

Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata ketika kejadian tersebut mereka berada dalam kereta api dan tidak merasai gegaran gempa berkenaan.


"Beberapa kawasan di Jepun ada gempa bumi tadi dan kami sekeluarga berada di dalam metro (kereta api) semasa kejadian itu berlaku.

"Tak rasa apa apa pun di sini tapi bila kami lihat berita dan video, ia kelihatan agak teruk," katanya di Instastory.

Awal ketika ini sedang bercuti di Jepun bersama isteri, Scha Al Yahya dan dua orang anaknya iaitu Lara Alana dan Lyla Amina sempena tahun baharu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya juga dapat dilihat mereka sekeluarga dalam keadaan baik dan masih menikmati percutian di sana.

Menurut Awal, ada beberapa orang rakannya yang berada di hotel ketika itu dapat merasakan gegaran tersebut.

Malah penduduk di Tokyo ketika ini juga menjalani kehidupan seperti sedia kala kerana menganggap bencana tersebut sesuatu yang biasa.

"Beberapa orang rakan kami juga dapat rasakan gegaran di dalam bilik hotel mereka.

"Alhamdulillah kami sekeluarga okay dan terima kasih kerana prihatin dengan keadaan kami.

"Di Tokyo ini semua orang jalani hidup seperti biasa sebab mereka sudah biasa dengan kejadian tersebut.

"Harapnya kita dipelihara dan semoga Allah lindungi kami dan semua yang berada di bumi matahari terbi ini. InsyaAllah," kongsinya.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2024 03:00 PM | Show all posts
all the best gayah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.306769 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list