CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14505|Reply: 13

Awal Ashaari sekeluarga dalam kereta api bawah tanah ketika gempa bumi di Jepun

[Copy link]
Post time 3-1-2024 09:18 AM | Show all posts |Read mode



PENGACARA Awal Ashaari yang kini di Jepun berada dalam keadaan selamat susulan gempa bumi berukuran 7.4 magnitud melanda wilayah tengah negara itu, Ishikawa petang semalam.

Bekas pengacara program Melodi itu memaklumkan Tokyo yang menjadi destinasi pilihan percutian bersama keluarganya tidak terjejas dengan bencana alam berkenaan.

Katanya, ketika kejadian, dia dah isteri, Scha Alyahya bersama dua anak mereka iaitu Lara Alana, 10, dan Lyla Aminaa, tiga tahun berada dalam kereta api bawah tanah.

Sesetengah kawasan di Jepun ada dilanda gempa bumi dan kami sekeluarga berada dalam metro sewaktu kejadian berlaku.

“Tak rasa apa pun, tapi kami ada nampak berita dan paparan video kejadian yang agak teruk.

“Bagaimanapun ada antara rakan kami yang berada di sini merasakan gegaran di bilik hotel mereka.

“Alhamdulillah kami sekeluarga okey dan terima kasih kepada semua yang bertanya khabar memastikan kami selamat,” katanya dalam Instagram Story.

Menurutnya daripada pemerhatian, aktiviti harian di tengah bandaraya berjalan seperti biasa.

Semua orang jalani hidup macam biasa sebab mereka sudah terbiasa dengan kejadian sedemikian.

“Harapan saya semoga kita semua dipelihara dan semoga Allah lindungi kami dan semua yang berada di negara Matahari Terbit ini. Insya-Allah,” tulisnya lagi.

Awal dan keluarganya tiba di Tokyon pada Sabtu lalu bersempena cuti sekolah anak sulungnya Lara selain meraikan Scha yang baru selesai menyempurnakan tugasan.

Dalam kejadian gempa bumi semalam, Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengeluarkan amaran tsunami besar melanda wilayah Noto.

Agensi terbabit menggesa penduduk di kawasan bencana termasuk wilayah Niigata, Toyama dan Ishikawa berpindah segera berikutan amaran tsunami tersebut.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 09:20 AM | Show all posts
Moga dipermudahkan segala urusan lah... Seronok2 melancong tetiba Allah uji dgn gempa bumi pulak.  Moga segalanya selamat buat semua rakyat di Jepun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mamason replied at 3-1-2024 01:20 AM
Moga dipermudahkan segala urusan lah... Seronok2 melancong tetiba Allah uji dgn gempa bumi pulak.  M ...


Setakat ni sekitar 46 (lebih kurang la. Baca news semalam) ja mati.

Kira haibat sangat dah. Kat Turkiye ngan Syria tahun lepas 50k mati dengan SR lebih kurang sama dengan Jepun ni (Turkiye-Syria 7.8. Japan, 7.4). Aiol tengok gempar bumi magnitud begitu kuat pun bangunan deols, jalan raya turap, sepoi2 bahasa ja bergegar.

Ni pun kalu jadik kat Malaysia sah2 banyak kemusnahan. Dan barangkali kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:02 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-1-2024 09:58 AM
Setakat ni sekitar 46 (lebih kurang la. Baca news semalam) ja mati.

Kira haibat sangat dah. Kat T ...

Uish seriously? Hebatnya pulak bila dgr gitu... kagum.  Gamaknya binaan depa ni bukan kaleng2 laa tu jadi xgegar mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 3-1-2024 09:58 AM
Setakat ni sekitar 46 (lebih kurang la. Baca news semalam) ja mati.

Kira haibat sangat dah. Kat T ...

tgk video2 bertebaran bergegar gila2 parking lot (mall/residence tak pasti) elok je kete goyang2  setempat crack kat floor/wall, lampu terjatuh ke apa pun takde. dahsyat betul binaan derang.
even kat area rumah pun ok je org2 je la yg keluar.
kuat kot gempa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengok video gegaran memang kuat and agak lama. Tapi bangunan steady jer lagi. Rumah2 jer lah kut affected.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 10:42 AM | Show all posts
pernah dgr masa kursus dlu bangunan kt jepun di bina boleh berayun camne tah so kalau gegar dia berayun je jd xdela runtuh. kalau bangunan yg tegak tu mudah runtuh. tahla iols bukan org engin tp boleh relate la tgk diorg stady je hadap gempa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:51 AM | Show all posts
Cassieopeia replied at 3-1-2024 10:42 AM
pernah dgr masa kursus dlu bangunan kt jepun di bina boleh berayun camne tah so kalau gegar dia bera ...

berpuluh tahun rakyat jepun menghadap masalah gempa ni, i percaya diorg semakin advance dgn sains teknologi mencipta semua yg anti runtuhan setidaknya. bila terlalu bnyk menghadapi kesusahan, kesusahan tu menjadikan manusia tu hebat. rakyat jepun antaranya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 10:53 AM | Show all posts
Cassieopeia replied at 3-1-2024 10:42 AM
pernah dgr masa kursus dlu bangunan kt jepun di bina boleh berayun camne tah so kalau gegar dia bera ...

ye la kot.. dorang tau negara dorang kerap gempa.. teknologi bangunan dorang ikut spec anti gempa la kot..
maybe mcm jambatan .. bole move every segment ke..
katanya KLCC pon dibina dengan daya tahan gempa bumi jugak.. tak sure la up to berapa SR.

kalau tengok video bertebaran pasal gempa tu.. cuma barang2 aje yg bergelimpangan jatuh..
siling ke.. tembok ke.. sekeping pon takde jatuh.
berbeza dengan video2 gempa bumi tempat lain.. yg menyaksikan banyak kerosakan pada bangunan.. berhabuk habis semua..
anak2 di Jepun pon dah diajar sejak kecil.. tindakan yg perlu diambil kalau gempa.. berlindung di bawah meja.. n lari keluar
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 10:58 AM | Show all posts
kalau kat malaysia kene .. rumah tinggi ala ala hongkong style kat cheras tu tumbang dulu kot..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:04 AM | Show all posts
Cassieopeia replied at 3-1-2024 10:42 AM
pernah dgr masa kursus dlu bangunan kt jepun di bina boleh berayun camne tah so kalau gegar dia bera ...

jejantas kt intermark ke ampang park pun sama...masa tgh jln tiba2 bergoyang2...kebetulan tgh jln dgn ofismate aku ni engineer...dia ckp bergoyang tu sbb kalau gempa bumi selamat...bila berlaku gempa bumi jejantas tu pun ikut sama goyang2 so xde la runtuh...gitu la...rasanya bangunan2 kt kl ni pun bnyk dh bina anti gempa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 12:46 PM | Show all posts
dia ni kaya aopa ye... sebab kawan aku keje branding comp syarikat antarabangsa kata tak mungkin kaya sebab brand taja. dia org taja barang je. pastu adik dia kemain kalah princess travel sana sini... mak apak duduk kg baru je... aneh2 ye....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamason replied at 3-1-2024 02:02 AM
Uish seriously? Hebatnya pulak bila dgr gitu... kagum.  Gamaknya binaan depa ni bukan kaleng2 laa  ...

Iya. Memang bangunan deols anti gempa. Ada gak la yang runtuh, tumbang, jalanraya pun ada gak yang terbelah rosak tapi kerosakan kira hokeh la huntok gempa bumi tak henti sebanyak 155 kali. Oh tadi aiols cek dah 60 lebih orang mati. Masih sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
LembingDayanti replied at 3-1-2024 12:46 PM
dia ni kaya aopa ye... sebab kawan aku keje branding comp syarikat antarabangsa kata tak mungkin kay ...

Iouls bukan karats awalina ya (iouls just suka skodeng lila tu comel) tapi awal ni banyak jugak job acara corporate. Rate satu event je lebih gaji sebulan iouls yang x dapat BR1M, lebih juga laki iouls yang x dapat bantuan e-waller RM100 madanon.  Ni rate quotation tahun lepas la, untuk jadi host event GLC. Tu baru satu event, dapat 3-4 event pon dah sedap dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.312688 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list