CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29035|Reply: 7

Berhenti hisap vape sebab isteri sedang hamil, Abang Tesla kongsi kalau ada berita gembira

[Copy link]
Post time 4-1-2024 07:33 PM | Show all posts |Read mode


PERSONALITI media sosial sensasi Abang Tesla membiarkan netizen terus berteka-teki susulan dia memberi bayangan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Abang Tesla atau Muhammad Khal Iltizam Yusry, 29, berkata, sekiranya ada perkhabaran baik mengenai perkara itu dia pasti akan berkongsi dengan pengikutnya.

"Saya tak mahu komen apa-apa. Saya memang saja nak tarik perhatian netizen buat spekulasi.

Abang Tesla enggan mengulas lanjut tentang berita kehamilan isteri.

"Kalau tentang nazar itu saya memang tak mahu komen. Biarlah mereka buat spekulasi sendiri. Kalau ada berita baik nanti saya akan kongsi," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Sebelum ini, Abang Tesla memberitahu nekad berhenti menghisap rokok elektronik sebagai membayar nazar selepas hajatnya sudah tercapai.

Bagaimanapun, influencer itu tidak memperincikan mengenai nazar yang dibuat namun ramai membuat spekulasi Abang Tesla bakal menimang cahaya mata.



"Alhamdulillah rezeki awal tahun dan saya kena tunaikan nazar saya. Nazar apa itu saya tidak mahu beritahu.

"Apa yang penting saya sudah bernazar tidak mahu hisap vape lagi bila saya dapat apa yang saya hajatkan itu," jelasnya.

Saya tak mahu komen apa-apa. Saya memang saja nak tarik perhatian netizen buat spekulasi.

Pada Ogos 2023, Abang Tesla menjadi bualan hangat netizen selepas memuat naik video mengumumkan dirinya sudah berkahwin dua.

Bagaimanapun, perkahwinan keduanya itu mendapat restu isteri pertama iaitu Nurmajdina.

Lebih membuatkan isu ini hangat apabila Khal mengeluarkan kenyataan isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai.



kredit mstar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2024 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngndung dh la tu. Saja xnak sah kan sblum masuk 2nd trim. Slmt mkn hati ulam jantung bini petama yg acah2 terpaling kental. Salam tabah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanat2 ni retis tempatan kahhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni artis ke
Mohon momod humban benang ni ke tempat lain.
Koser la nak ucap tahniah, kecuali kalau first wife tu yg tgh pregnant, then yes Tahniah kak maj.
Nyampah betul dia ni. Saja nak timbulkan spekulasi nak buat apa. Kalau camtu, baik ko announce waktu dh dekat nak bersalin nnt.
Sbnrnya si attention seeker ni nak bgtau seantero dunia, dia tu "power" la tu. Muntah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tabahlah isteri pertama
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2024 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pun sama. Retis ke? Personaliti media sosial tp bukak thread kat sini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2024 10:06 PM | Show all posts
mod xada ke?...byk betul bkn artis dpt tembus pintu rumah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2024 08:44 AM | Show all posts
anat tul..aku ingat dia dh jd retis
apa je sumbangan dia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 01:57 AM GMT+8 , Processed in 0.809611 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list