View: 10283|Reply: 4
|
Bakal Mentua Reject! Gadis Derita Jadi Anak Penagih, Pasrah Single Sampai Bila-Bila
[Copy link]
|
|
Seorang gadis mendedahkan dia menderita sejak kecil gara-gara bapanya terjebak dengan dadah.
Tidak mendedahkan identitinya, gadis itu berkata keluarganya hidup porak-peranda disebabkan sikap bapanya yang enggan bekerja dan hanya tahu meminta wang sahaja.
Gambar Hiasan
"Saya perempuan berusia 26 tahun dari keluarga susah. Banyak sangat masalah yang selalu kami sekeluarga hadap dari saya kecil. Ayah saya penagih dadah dan biawak hidup.
"Hanya mak yang bekerja sara kami semua. Dulu saya berazam nak belajar tinggi untuk ubah nasib tapi tak tercapai sebab terpaksa berhenti sekolah untuk tolong keluarga.
"Sedih hanya tuhan saja yang tahu, tapi saya tak tergamak nak beritahu mak apa yang saya rasa. Tahun 2014 ibu bapa saya bercerai dan kami hidup merana," ujar gadis itu.
Menerusi luahan di laman X, gadis itu berkata penderitaan mereka tetap berterusan meskipun ibu bapanya telah berpisah.
Lebih memilukan, bapanya juga bertindak mengambil nyawa sendiri, menyebabkan dia sekeluarga dibenci oleh penduduk kampung yang menganggap mereka sebagai punca.
"Tak lama lepas tu mak kahwin lain, tapi dengan sepupu ayah. Jadi kami pindah kampung yang sama dengan kampung ayah duduk. Ayah selalu kacau minta duit walaupun dia tahu anak-anak menderita nak teruskan hidup.
"Dah nama pun penagih. Memang macam tu perangai. Tahun 2016 ayah saya pilih untuk akhiri hayatnya sendiri. Menangis kami adik-beradik tengok keadaan ayah. Orang kampung salahkan kami sebab tak endahkan ayah.
"Sedangkan kami pun berusaha cari duit untuk sesuap nasi, ayah langsung tak pernah bagi nafkah. Bila orang tahu ayah saya mati macam tu, mereka tak nak berkawan dengan saya. Demi Allah, saya langsung tak ada kawan," luahnya lagi.
Lebih memilukan, gadis itu berkata percintaannya juga berakhir separuh jalan gara-gara tidak mendapat restu keluarga teman lelakinya.
"Saya pernah berkawan dengan seorang lelaki. Dia baik dan dapat terima saya. Tapi bila mak dia tahu tentang keluarga saya terus dia minta anak dia tinggalkan saya.
"Sedih dan kecewa tapi saya faham kenapa mak dia buat macam tu. Siapa je nak kahwin dengan orang ada latar macam saya? Kadang menangis fikir, hina sangat ke sedangkan apa yang jadi bukan salah saya.
"Lama-lama saya dapat terima. Saya tak minta banyak, cuma minta doakan saya murah rezeki dan dapat bahagiakan mak saya yang banyak berkorban. Bab jodoh saya reda. Kalau tak ada pun tak apa," ujarnya lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh maiii
Kalau kat US boleh je tukar nama pastu pindah negeri lain buat hidup baru
|
|
|
|
|
|
|
|
berhijrahlah sekeluarga...tu je penyelesaiannya |
|
|
|
|
|
|
| |
|