View: 22162|Reply: 10
|
Siti Nurhaliza mohon maaf, tiada penambahan hari konsert... Umum Judika sebagai penyanyi undangan
[Copy link]
|
|
TIADA penambahan hari dan juga tiket konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza yang bakal berlangsung pada 9 Mac 2024.
Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 45, berkata, dia terpaksa membuat keputusan tersebut setelah mengambil kira pelbagai faktor.
"Tidak ada pengumuman baru hari ini. Saya minta maaf tidak dapat tambah hari dan jualan tiket.
"Kalau saya buat 10 Mac, sudah hampir Ramadan. Kalau 8 Mac pula ia adalah hari terakhir raptai untuk konsert itu.
"Saya dan pasukan sudah fikir masak-masak. Sudah cuba untuk pertimbangkan, jadi tak mungkin dapat tambah hari," katanya kepada pemberita.
Siti memaklumkan perkara itu semasa sidang media konsert berkenaan yang berlangsung pada Isnin.
Penyanyi lagu Cindai itu turut memohon maaf kepada peminat yang gagal mendapatkan tiket konsert berkenaan.
Bagi merawat luka peminat, Siti memaklumkan pada konsert seterusnya dia akan cuba menganjurkan selama dua hari.
"Saya mohon maaf ramai tidak berkesempatan sebab tiket sudah habis dijual.
"Insya-Allah konsert seterusnya saya fikir untuk buat selama dua hari," ujarnya.
Sementara itu, Siti memberitahu penyanyi popular Indonesia iaitu judika akan muncul sebagai bintang undangan pada konsert yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Tambah Siti lagi, sebahagian jualan tiket konsertnya itu akan disalurkan kepada Yayasan Nur Jiwa untuk membantu umat Islam di Palestin.
Pada 21 Disember lalu, jualan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza habis terjual dalam tempoh dua jam selepas ia dibuka untuk jualan.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Bukak la online viewing / streaming live masa konsert mcm konsert2 masa mco. Caj la puluh2 ringgit per access. |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dan lembut warna pink ni. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 8-1-2024 05:52 PM
Bukak la online viewing / streaming live masa konsert mcm konsert2 masa mco. Caj la puluh2 ringgit p ...
Aku setuju sgt2 lg la rmai akan join artis luar byk uat cmni...tokti akn dpt viewer dr seluruh dunia.
Please consider. |
|
|
|
|
|
|
|
acah sold out ruponyo coweh yg reserved nak kasi pembeli cowehh ... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan coway tapi Cuckoo pastu ada jugak kuota untuk pemanggil telepon kat hotfm gitohh. Yang ni ofcozla, sebab kuota untuk penaja dan penaja bersama katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Judika is sooo yesteryears.. |
|
|
|
|
|
|
|
gigihnya chuolssss
nak beramadhan dahh
last kopek lagha before ramadhon ke?
done jadi setajah cari |
|
|
|
|
|
|
|
of course.. dengarnyaaa assigned seat for sponsor pun banyaakkkkkkkkk.. padanla tak sampai 2 jam sold out ![](static/image/smiley/default/lol.gif) ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
warna baju tu cantik. tp design lengan baju tu. ermmm.. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus idolat iols... tak tamak...
idolat chuols buat konsert ada penaja idok? apo? konsert pun takdo? eksklusip? sedehhhhhhhhhh ![](static/image/smiley/default/cry.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|