CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8704|Reply: 14

Padu! Menyanyi Guna 140 Bahasa, Gadis Ini Cipta Rekod Dunia

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:31 AM | Show all posts |Read mode


KOZHIKODE -- Seorang gadis berusia 18 tahun, Suchetha Satish, telah mencipta Rekod Dunia Guinness (GWR) selepas menyanyikan lagu dalam 140 bahasa selama sembilan jam dalam sebuah konsert di Dubai baru-baru ini.


Memetik Times Of India, gadis yang berasal dari daerah Kannur, Kerala, India itu membuat persembahan dalam Konsert Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP 28).


Difahamkan, konsert itu telah diadakan di Auditorium Konsulat India di Dubai pada 24 November lalu manakala COP 28 pula diadakan di Expo City Dubai dari 30 November hingga 12 Disember.


Suchetha berkata, dia sebenarnya mampu menyanyi dalam 145 bahasa namun menetapkan 140 bahasa sebagai simbolik kepada negara yang mewakili sidang kemuncak berkenaan.


"Saya mempersembahkan nyanyian dalam konsert itu sebelum COP 28 untuk menyebarkan kesedaran tentang kesan perubahan iklim. Ia isu sebenar yang menjejaskan seluruh dunia dan saya berfikir menyanyikan dalam 140 bahasa adalah sesuai," katanya.


Lebih menakjubkan, 140 bahasa yang dipersembahkan itu mewakili setiap negara yang menghadiri persidangan COP 28 di Dubai itu dinyanyikan tanpa melihat lirik. Setiap lagu yang dinyanyikan oleh Suchetha juga mempunyai panjang minimum tiga minit.


Tambah Suchetha, usahanya mempelajari lagu dalam pelbagai bahasa membantunya berkomunikasi dengan orang ramai dari pelbagai negara.


"Muzik tanpa sempadan merupakan prinsip saya dan ia sesuai dengan mesej yang disampaikan oleh COP 28 untuk tindakan bersama semua pihak dalam mengurangkan kesan perubahan iklim," katanya.


  



Bakatnya dalam bidang nyanyian mula dihidu oleh ibu bapanya, T C Satish yang bekerja sebagai pakar dermatologi dan Sumitha Ayilliath pada usia seawal empat tahun.


Minatnya dalam bidang nyanyian pelbagai bahasa pula telah bermula sejak usia 10 tahun apabila Suchetha mula mempelajari lagu Jepun selepas mendengar daripada rakan bapanya.


Bukan itu sahaja, bakat Suchetha juga digilap dalam muzik Carnatic dan Hindustan.


"Apabila saya mendendangkan nyanyian, mereka kata saya menyanyi seperti penyanyi asli Jepun. Ia merupakan pembakar semangat buat saya dalam mempelajari lagu lain seperti lagu Arab, lagu Tagalog sehingga 120 bahasa dalam rekod sebelum ini.


"Selepas itu, saya juga belajar banyak lagu dalam bahasa suku kaum India dan juga bahasa Afrika," ujarnya.


Pada 2021, Suchetha juga memecahkan rekod dunia dengan mempersembahkan nyanyian dalam 120 bahasa. Sebelum ini, rekod berkenaan dipegang oleh vokalis Manjushree Oak dari Pune yang mempersembahkan lagu dalam 121 bahasa.


Sementara itu, laman web rasmi GWR turut memaklumkan perkara tersebut.








"Bahasa yang paling banyak dinyanyikan dalam konsert ialah 140 dan telah dicapai oleh Suchetha Satish (India), di Dubai, UAE pada 24 November 2023.


"Suchetha mempersembahkan nyanyian Konsert untuk Iklim di mana dia menyanyi dalam 140 bahasa untuk meningkatkan kesedaran tentang Perubahan Iklim di Auditorium Konsulat India Dubai.


"Angka 140 dipilih sebagai simbolik untuk mewakili 140 negara yang menghadiri sidang kemuncak COP 28 di Dubai," kata GWR.








Sumber: Times Of India, Guinness World Record/SiakapKeli



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 10:24 AM | Show all posts
bahasa apa dia nyanyi? ka just nyanyi lagu dlm dialek2 yg wujud di benua kelinkk saja? ada 19k lebih dialek kt benua kelinkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 10:51 AM | Show all posts
wow, mmg true polyglot nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 11:36 AM | Show all posts
Nyanyi aje ke bukan communicate? Kalau camtu, aku pun boleh nyanyi lagu Russia tapi sepatah haram tak tau maksud
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 12:13 PM | Show all posts
Ada nyanyi lagu Bahasa Melayu tak? Ke lagu Indon
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat 5 bahasa aku boleh lah. Buat raso-raso. Menang gak karaoke.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2024 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia ada nyanyi lagu melayu baru la iols kagum
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2024 09:19 PM | Show all posts
Nyanyi takat ngapal..kalau bertutur baru aku respek dan saspek..teybeh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2024 11:38 PM | Show all posts
Sazreena replied at 10-1-2024 09:19 PM
Nyanyi takat ngapal..kalau bertutur baru aku respek dan saspek..teybeh.

yang hafal 30 juzuk tu ko tak respek lah
sama juga bukan faham pun





Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik kau indian dik, kalau kau melayu habis kena kutuk je sebab tak hapal juzuk
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2024 04:41 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 10-1-2024 11:38 PM
yang hafal 30 juzuk tu ko tak respek lah
sama juga bukan faham pun

2024 dah ni...jangan nampak cam bodoh sangat..statement tu biar bijak sket. Ada aku kata x respek? Yg tiber nak kaitkan ngan 30 juzuk dah kenapa?Ko tau idak in order to hafaz 30 juzuk, bukan takat hafaz buta-buta je. Kena tahsin, talaqqi, tadabbur.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 11:21 AM | Show all posts
Sazreena replied at 11-1-2024 04:41 PM
2024 dah ni...jangan nampak cam bodoh sangat..statement tu biar bijak sket.  ...... in order to hafaz 30 juzuk, bukan takat hafaz buta-buta je. Kena tahsin, talaqqi, tadabbur.
respek sebab tahsin, talaqqi, tadabbur? kalau hafaz buta-buta macam mana (jangan kata takde ya. Ada!)

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2024 02:30 PM | Show all posts
Tahsin, talaqqi, tadabbur tu is part of the process mat. Kalau pun ada yg hafaz yg buta-buta tu lantak doranglah. Paling tak dapatlah jugak pahala mengaji. Drpd dok argue benda yg x patut diargue, it's just a waste of time.
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 12:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.049787 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list