View: 2984|Reply: 0
|
Doakan kemarau 24 tahun gagal ke Olimpik berakhir
[Copy link]
|
|
BARISAN pemain skuad negara menitipkan doa sebelum berlepas ke Oman. FOTO IHSAN MHC
Kuala Lumpur: Misi untuk menamatkan kemarau 24 tahun gagal layak ke pentas Olimpik kini bermula apabila pasukan hoki lelaki kebangsaan berlepas ke Muscat, Oman semalam untuk berjuang dalam kempen kelayakan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula pada 15 hingga 21 Januari ini.
Ketua jurulatih hoki negara, A Arul Selvaraj berkata, beliau optimis pasukan negara mampu menampilkan aksi terbaik di Oman nanti namun yang paling penting perlawanan peringkat kumpulan harus dilepasi terlebih dahulu.
Jelasnya, dengan skuad yang ada sekarang, beliau yakin ini adalah pasukan terbaik di bawa dan mampu menggalas tanggunjawab serta amanah yang diberikan.
"Dari segi semangat pemain, boleh dikatakan semua berada di tahap terbaik dan aura positif ada di dalam pasukan. Ini amat penting untuk kempen (kelayakan Olimpik) yang akan kita harungi nanti.
"Untuk mencerahkan peluang (ke Olimpik Paris 2024), kita perlu menang dua perlawanan iaitu menentang China dan Pakistan kerana bertemu pasukan Great Britain, kita tahu kekuatan mereka bagaimana. Jika kita berjaya ke separuh akhir, harapan agak cerah kerana kita akan dua peluang iaitu jika layak ke final, secara automatik kita akan bermain di Paris.
"Tapi kalau kalah, masih ada satu lagi kesempatan untuk mendapatkan slot itu dalam penentuan tempat ketiga dan keempat. Kita perlu menang perlawanan tempat ketiga untuk mendapatkan tiga slot yang ditawarkan itu (bermain di Olimpik Paris)," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir skuad negara bermain di pentas Olimpik adalah pada tahun 2000 ketika ia diadakan di Sydney, Australia.
Pada masa sama, Speedy Tigers akan mengadakan dua perlawananan persahabatan terlebih dahulu menentang Kanada pada Jumaat ini dan Kanada sehari selepas itu.
Malaysia akan membuka tirai kempen Kumpulan A menentang China pada 15 Januari, selang dua hari kemudian bertemu Great Britain (17 Januari) dan menutup aksi peringkat kumpulan menentang Pakistan (19 Januari).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ke-olimpik-berakhir |
|
|
|
|
|
|
| |
|