CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9306|Reply: 4

Awal Ashaari Old Fashioned Bab Pendidikan Anak-Anak, Tak Setuju Sekolah Buang Masa

[Copy link]
Post time 16-1-2024 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Awal Ashaari tidak bersetuju dengan pandangan seorang selebriti yang memberi kenyataan seolah-olah menyifatkan pendidikan tidak penting dan sesi persekolahan membuang masa.


Awal atau Ahmad Awaluddin Ashaari, 42, berkata, selebriti atau orang berpengaruh mempunyai tanggungjawab sosial dalam menyebarkan perkara positif dan bukannya negatif kepada masyarakat.




Foto: IG




"Memang pendapat masing-masing tapi kita sebagai figura awam kena faham setiap perkara yang keluar daripada mulut kita akan dipandang serius oleh masyarakat.


"Sejujurnya saya terkejut melihat klip video berkenaan sebab saya fikir dia seorang yang sangat berjaya dan tahu apa dia lakukan.


"Mungkin juga dia tersilap ketika membuat kenyataan itu dan sebaiknya setiap perkara diperkatakan dibuat dengan berhemah sebab apa selebriti cakap pasti akan ditularkan," katanya kepada mStar.


Awal ditemui selepas selesai menjadi salah seorang panel dalam Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Mmembina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) pada Isnin.


Selain Awal, antara selebriti yang turut terlibat dalam program berkenaan adalah pengacara dan usahawan Neelofa serta Naib Presiden Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.


Dalam pada itu, Awal berkata, pandangan peribadi dilontarkan itu dibimbangi akan memberi kesan kepada golongan muda yang mungkin akan terpengaruh dengan apa diperkatakan sehingga tidak berminat dengan pelajaran.


"Yang tengok kebanyakannya orang-orang muda yang sedang dilema sama ada nak sambung belajar atau pun tidak.


"Semua orang patut bersekolah tapi mungkin cara dia cakap disalah ertikan, tapi apa yang pasti pelajaran itu sangat penting," jelasnya.


Sementara itu, sebagai seorang bapa kepada dua cahaya mata, Awal turut berasa bimbang dengan hala tuju mereka apabila dewasa kelak.


Kata Awal, sejak mereka kecil menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk dan mendedahkan mereka kepada pelbagai perkara selain menitikberatkan soal pendidikan.


"Bila tanya Alana, ada harinya dia mahu jadi seorang influencer. Tapi bila tengok mak dia buat rambut, dia mahu jadi pendandan rambut.


"Jadi nampak tak mereka ini belajar daripada contoh, bila mak dia cantik dia nak jadi selebriti tapi kalau di rumah Scha tak berdandan, dia tak mahu pula.


"Kita sebagai manusia yang ada fikiran dan matang perlu tunjuk contoh yang baik. Pada saya nak jadi apa pun yang penting kena berilmu," ujarnya.


Mengakui seorang yang 'old fashioned' mengenai soal pendidikan anak-anak, Awal memberitahu dia berharap mereka dapat melanjutkan pengajian ke menara gading suatu hari nanti.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2024 10:41 AM | Show all posts
good Awal.. tapi pelajaran bab agama pun kena titik beratkan tau.. hmm.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakakko: good Awal.. tapi pelajaran bab ...


Pandai dia lah nak didik anak dia. Sibuk je outsider nih. Ada je Awal tunjuk ustazah dok ajar Lara mengaji
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
kakakko replied at 16-1-2024 10:41 AM
good Awal.. tapi pelajaran bab agama pun kena titik beratkan tau.. hmm.

Dengar citer nyanmanyambek dah half way through menghafal surah al mulk...

Dadanyer kheun penghafal surah tersebut?

Giteww
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul.sekolah la atleast smpai spm.lepastu nk sambung ke tak tu pilihan masing2
Org xsekolah ni rugi tau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.222211 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list