View: 3502|Reply: 3
|
Tyzo pertikai sebab minta RM500 kontrak ditamatkan? Tyzo nafikan dakwaan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad bahawa dia tidak berminat untuk sambung kontrak
[Copy link]
|
|
Tyzo pertikai sebab minta RM500 kontrak ditamatkan?
https://www.malaysiakini.com/hiburan/693757
Nadia Azam
Diterbitkan: Jan 19, 2024 10:58 PM⋅
Dikemaskini: 10:58 PM
Bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo Xander menafikan dakwaan Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG) Berhad, Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse bahawa dia tidak berminat untuk menyambung kontrak di stesen itu.
Jelas Tyzo atau nama sebenarnya Tuah Zolqarnain Idris, ketika sesi perbincangan kontrak pada bulan Ogos lalu, kedua-dua pihak gagal mencapai kata sepakat selepas meminta sedikit kenaikan gaji.
Katanya, dia dan Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin sepakat untuk menyambung kontrak selama enam bulan bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan membuat penilaian mengenai perkara itu.
“Saya cakap terus-terang saya perlukan kenaikan gaji dan minta kenaikan sebanyak RM500 saja.
“Tapi inilah balasan saya terima. Sewaktu minta naik gaji, DJ Lin kata kita sambung dulu kontrak ini, nanti dua bulan sebelum habis kontrak bulan Mac, kita akan bincang semula.
“Jadi saya pun sain kontrak pada bulan September lalu,” katanya.
Menurut Tyzo, sekiranya dia berlagak besar kepala sudah tentu kontrak berkenaan tidak akan ditandatanganinya.
“Kemudian pada 4 Januari lalu, saya dapat tahu kontrak saya tak disambung.
“Adakah kerana minta kenaikan, maka kontrak saya tak disambung?” katanya.
Tyzo memberi penjelasan itu dalam satu sesi perjumpaan bersama media di sebuah pusat beli-belah di Damansara hari ini.
Sebelum itu, Mohd Aminuddin mengulas kenyataan berhubung isu terbabit pada sidang media Ruang Udara Suria di Menara Suria, juga bertempat di Damansara.
Menurut Tyzo, 48, kenyataan pihak pengurusan agak mengejutkan kerana rakan gandingannya, Sharifah Shahirah pernah dua kali disambung kontrak selama enam bulan.
Justeru, dia beranggapan Mohd Aminuddin mendapat maklumat kurang tepat mengenai keputusannya.
“Sebelum ini kak Rara pernah minta kontrak disambung untuk enam bulan, tapi apabila giliran saya, mereka boleh anggap saya tak berminat bersama Suria.
“Sepatutnya akan ada perbincangan lagi dua bulan sebelum kontrak berakhir pada 9 Mac depan,” katanya.
Pada masa sama, Tyzo menyatakan kesediaannya untuk terus bersama Suria FM sekiranya ada ruang untuk dia diterima semula bekerja di stesen terbabit.
Namun, dia beranggapan, impian itu mungkin sekadar angan-angan selepas apa yang berlaku.
“Kak Rara adalah gandingan yang paling saya sayang. Saya juga masih sayangkan Suria FM. Tapi apa yang terjadi sekarang buatkan saya sangat
“Stesen ini periuk nasi saya dan saya juga ada seorang anak untuk dibesarkan.
“Saya tak reda dengan apa terjadi kerana saya sebenarnya masih mahu terus bekerja di situ,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maafla... aku x side mana2... ko kata nak kerja semula kat situ... tp ko dah menyalak sedunia... sampai pendengar boikot Suriafm... mmg takde maaf bagimu di situ.... takpe tyzo... carik je stesen radio lain ... |
|
|
|
|
|
|
|
weols lebih percaya kepada pekerja pasal sambung contract dan tiada further discussion.
mmg heols kena sailang awal. DJ Lin kata nak discuss balik pasal gaji, alih2 tak discuss, terus buat decision tak sambung, atas alasan tak minat dengan tawaran contract..
management kat atas tak tahu iya, all will be report dari General Manager. masak lah kali ini yang DJ Lin as GM buat taik kena buku bertemu ruas, lepas itu feeling2 sakit sampai MC |
|
|
|
|
|
|
|
Justeru, dia beranggapan Mohd Aminuddin mendapat maklumat kurang tepat mengenai keputusannya.
________________
Kurang tepat camne pula. Kat si Amin tu ckp dia jumpa sekali kan..camne lak ada miscomm? Bukan melalui 3rd party pun:-
Aminuddin berkata, dalam satu pertemuan bersama Tyzo pada Ogos tahun lalu, pihak pengurusan ada memanggil Tyzo untuk berbincang mengenai pembaharuan kontrak selama setahun.
"Saya bersama Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin serta wakil daripada ketua kandungan Suria FM, JJ dan wakil jabatan sumber manusia bertemu Tyzo bagi membincangkan pembaharuan kontrak selama setahun bermula Oktober 2023 sehingga Oktober 2024.
"Bagaimanapun ketika kami meminta keputusan itu dibuat, dia minta kontraknya disambung cuma enam bulan. Jadi Saya berpendapat dia sudah mempunyai rancangan lain selain mungkin mendapat tawaran lain selepas memenangi kategori Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular BH pada Julai tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|