Anxiety semasa hamil bukan perkara main-main. Saya sudah empat hari tak tidur dengan nyenyak. Saya mahu tinggalkan semua perkara toksik dan tidak mahu trauma masa lalu menghantui saya lagi. Saya nak jadi isteri dan ibu yang sihat, itu sahaja.
Sebelum ini, penyanyi lagu Patah Seribu ini juga pernah berkongsi bahawa emosi dirinya sering tidak stabil hingga menyebabkan dirinya menangis setiap hari semenjak dirinya mengandung.
Bukan itu sahaja, hal tersebut juga menyebabkan Shila berasa lesu dan hilang selera makan hinggakan penyanyi ini tidak mampu bangun dan bergerak dari katilnya.
Untuk info, Shila telah mengesahkan bahawa dirinya dan suami, Ubai akan menimang cahaya mata tak lama lagi.