View: 6557|Reply: 0
|
Giliran Ferrari pula sertai perlumbaan kapal layar
[Copy link]
|
|
FERRARI ikut jejak Red Bull, Mercedes dan Aston Martin. FOTO Agensi
Milan: Pengeluar kereta sukan mewah, Ferrari berkata akan menyertai pertandingan pelayaran dunia, bekerjasama dengan atlet lumba kapal layar Itali, Giovanni Soldini yang akan dilantik sebagai ketua pasukan.
Ikon perlumbaan permotoran dalam Formula Satu (F1) sejak tahun lalu juga kembali ke kelas perlumbaan endurance Hypercar dan Le Mans.
"Selain bersaing di trek di seluruh dunia, Ferrari kini memulakan usaha baharu ini untuk meningkatkan pengetahuan teknologinya," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.
Ferrari memenangi kejuaraan kategori pemandu F1 terakhirnya pada 2007 dan gelaran pengeluar pada 2008.
Pasukan F1 mempunyai hubungan rapat dengan kapal layar selama bertahun-tahun dengan pereka terkenal Red Bull, Adrian Newey bergandingan sedekad lalu dengan jaguh Olimpik Britain, Ben Ainslie dalam cabaran Piala Amerika.
Pengarah Teknikal Mercedes, James Allison juga bekerjasama dengan INEOS dalam projek Piala Amerika, manakala Martin Whitmarsh, Ketua Pegawai Eksekutif Teknologi Prestasi Aston Martin, juga pernah bergabung dengan Ainslie sebelum ini.
Ferrari berkata ia akan bergantung pada 'teknologi termaju sepanjang keseluruhan kitaran, daripada konsep dan kejuruteraan hingga merealisasikan' kapal itu.
"Pencarian untuk prestasi maksimum di laut akan menjana inovasi dan penyelesaian konkrit untuk kemampanan sejajar dengan tradisi Ferrari, bagi menjadi rangsangan penting dalam evolusi jentera sukannya," katanya dalam kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lumbaan-kapal-layar |
|
|
|
|
|
|
| |
|