CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1885|Reply: 4

Rozita Che Wan ‘Tak Buat Muka’, Zain Saidin Okay Berkedut – ‘Bila Dah Tua, Cantik Sangat Bukan Keutamaan’

[Copy link]
Post time 26-1-2024 02:31 PM | Show all posts |Read mode



Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan mendedahkan suaminya, Zain Saidin yang juga merupakan seorang aktor tidak mengizinkan dirinya untuk melakukan rawatan kosmetik yang mengubah bentuk wajah.

Ketika ditemui OhBulan!, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkata Zain ‘turn off’ dengan wanita yang ‘buat muka.’

"Zain okay sahaja kalau berkedut sekalipun. Saya pernah cakap yang saya teringin. Sebab semua orang buat jadi kita pun nak juga. Tapi Zain tidak benarkan. Zain tak mahu saya cantik dengan cara sebegitu (pembedahan kosmetik)".

"Zain tak pernah larang apa-apa yang saya buat kecuali hal pakaian, dia akan tegur dan juga melakukan apa-apa suntikan pada wajah".

Che Ta berkata demikian ketika majlis pelancaran produk By RCW Glow Edition, yang diadakan di Damansara, pada Rabu.



Dalam pada itu, aktres berumur 51 tahun ini lebih mengutamakan penjagaan kesihatan diri berbanding kecantikan dan penampilan rupa paras. Bagi ibu kepada tiga orang cahaya mata, di usianya sekarang, kecantikan bukan lagi menjadi satu keperluan.

"Kalau saya muda, mungkin saya nak buat. Tapi disebabkan sudah berusia, benda itu bukan keperluan saya. Saya bukan nak berlakon sangat dah. Mungkin tahun ini depan kamera, tahun depan dah berada di belakang tabir.

"Jadi saya rasa benda tu dah tak perlu dah. Ibu saya pun dah 75 tahun, tak payah buat apa okey je dia. Bila kita dah tua, cantik-cantik sangat bukan keutamaan. Sebab apa yang penting adalah kesihatan.

"Kita tak nak pakai eye shadow sampai 13 warna, bulu mata sampai ke highway, tapi duduk atas kerusi roda. Dah lawa-lawa duduk atas kerusi roda."




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2024 04:01 PM | Show all posts
gene cantik ensem tu berguna time nak perbaiki keturunan jah.
Lepas tu, ko kena hadap perangai partner ko.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dia ni mmg cantik semulaja
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
semulajadi
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
adik beradik smu elok2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.057145 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list