|
Menerusi beberapa posting di Instagram Story, Noki dilihat berdepan detik cemas apabila mengalami kesukaran bernafas, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 29, berkata, dia sudah pergi ke sebuah klinik dan doktor memaklumkan dia mengalami masalah pada saluran pernafasan.
Ketika mengalami sesak nafas saya terus bergegas ke klinik. Sekarang ini saya masih menerima rawatan. “Doktor maklumkan pernafasan saya agak tidak normal dan seakan tersumbat. Saya pula memang ada masalah lelah.
Tambah Noki, dia sudah mengalami kesukaran bernafas sejak beberapa minggu lalu.
Sebenarnya ketika dalam program The Masked Singer lagi saya dah kerap sesak nafas, tetapi masih belum menerima sebarang rawatan. Baru sekarang ada masa nak ke klinik. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan saya cepat sembuh.
Ujar anggota kumpulan K-Clique itu lagi, dia berharap tahap kesihatannya beransur pulih memandangkan dia bakal mengerjakan umrah esok.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|