View: 24085|Reply: 1
|
Pemfitnah sakit mental, buang masa layan – Ernie Zakri
[Copy link]
|
|
Pemfitnah sakit mental, buang masa layan – Ernie Zakri
https://www.kosmo.com.my/2024/02/04/pemfitnah-sakit-mental-buang-masa-layan-ernie-zakri/
Oleh HANISAH SELAMAT
4 Februari 2024, 9:16 pm
PENYANYI Ernie Zakri menganggap tuduhan menjalin hubungan sulit dengan seorang pemuzik sengaja diada-adakan peminat yang terlampau obses. - Foto MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI.
KUALA LUMPUR – Terkait dakwaan menjalin hubungan sulit dengan seorang pemuzik, penyanyi Ernie Zakri menganggap tuduhan mengarut itu sengaja diada-adakan peminat yang terlampau obses.
Pemilik nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, itu berkata fitnah serupa pernah dilemparkan terhadapnya sebelum mendirikan rumah tangga dengan Syamel beberapa tahun lalu.
“Seboleh-bolehnya saya enggan melayan isu ini kerana membuang waktu dan tenaga saya yang memang sudah diganggu individu sama sejak beberapa tahun.
“Saya rasa dia tak layak mendapatkan apa-apa komen daripada saya, bahkan saya tak mahu tahu kewujudan mereka.
“Pada akhirnya, saya dan keluarga tahu kehidupan kami. Semoga Allah pelihara hubungan saya dan Syamel,” katanya ketika ditemui pada sesi Meet And Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlangsung di Pasar Seni, hari ini.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menyifatkan individu berkenaan mempunyai masalah mental apabila begitu mengambil tahu tentang kehidupannya dan keluarga.
“Saya rasa pemuzik itu turut menerima mesej gangguan sama macam saya dan Syamel dapat termasuk tuduhan serta fitnah.
“Bersandarkan keadaannya, saya rasa orang itu mempunyai masalah mental. Jadi kenapa kita nak layan orang yang kurang berakal.
“Saya juga syak kami diganggu orang yang sama. Ketika diberitahu perkara ini, kami gelak saja sebab mesej serupa dah selalu kami dapat dan mintanya jangan melayan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Ernie turut memaklumkan dia dan Syamel pernah memberikan nasihat kepada individu berkenaan namun langsung tidak diendahkan.
“Saya tak tahu sama ada individu ini obses dengan saya atau Syamel. Mungkin mereka masih tidak boleh menerima perkahwinan kami.
“Tak sangka wujud orang seperti itu yang sanggup mengacau kami sejak fasa bertunang lagi tetapi saya doakan yang baik-baik buat orang itu,” katanya.
Enggan gangguan bertambah kronik, pasangan terbabit memaklumkan mereka semakin beringat sebelum memuat naik sebarang hantaran di media sosial.
“Kami lebih berhati-hati membuat naik sebarang hantaran dalam media sosial. Tak semua suka tengok kita berdua dan berkongsi video manis atau mungkin kerana cemburu.
“Paling penting sekarang adalah menjaga hubungan suami isteri dan belum sampai ke tahap kami buat laporan polis bagi mengelakkan hal ini berpanjangan,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, seorang pemuzik tampil menyangkal dakwaan dirinya mempunyai hubungan dengan Ernie gara-gara memakai baju sama seperti tuduhan yang dilemparkan dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg gila la org tu
apooo kau dpt buat mcm tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|