CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17034|Reply: 11

Zed Zaidi, keluarga kena ugut!

[Copy link]
Post time 17-2-2024 08:17 PM | Show all posts |Read mode
Zed Zaidi, keluarga kena ugut!

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... -keluarga-kena-ugut

Georgie Joseph
[email protected]

Disiarkan pada: Februari 17, 2024 @ 6:21pm


Zed Zaidi

Kuala Lumpur : Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, 43, berang dan tidak ambil ringan ugutan mengancam keselamatannya dan keluarga di kediaman mereka di kondominiuma Dmansara Perdana, Petaling Jaya.

Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Abdul Jamil yang juga ahli jawatan kuasa (AJK) pengurusan kondominium terbabit berkata, dia mendapat tahu hal itu daripada jirannya.

"Semalam, tiba-tiba jiran saya yang juga bendahari persatuan penduduk maklumkan ada pihak busukkan dan fitnah kami. Ada memo ugutan diletakkan di papan notis dalam lif.

"Kami diminta letak jawatan dalam masa tiga hari, keluarga serta anakanak kecil  dan kami dituntut membetulkan kesalahan sebelum masa depan hancur. Turut disertakan juga gambar, nama penuh, nombor rumah, dan nombor kad pengenalan saya.


"Maknanya individu berkenaan dapat maklumat daripada orang dalam. Ia bermaksud juga pengugut itu pun mesti penghuni dalam bangunan kami juga," katanya.

Bertindak terhadap ugutan itu, Zed terus membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara bagi mencari dalang berkenaan. Katanya, dia takkan berkompromi jika keselamatan keluarga jadi sasaran.

"Semalam saya dah buat laporan polis dan pantas bertindak. Mereka sudah memeriksa CCTV (kamera litar tertutup) yang ada suspek dan serahkan tindakan lanjut kepada polis untuk buat siasatan. Memang dalang itu akan ditangkaplah.

"Hal ini ancaman, membabitkan saya dan keluarga. Saya bab begini tak boleh berkompromi. Mereka ini semua penakut! Kalau berdasarkan penulisan, mungkin bukan orang Melayu.

Kalau jatuhkan imej saya, hal itu sudah biasa untuk saya. Tapi kalau cuba ugut seperti ini, pengecutlah namanya. Ini memang sudah kes jenayah sebab membabitkan ugut dalam rumah. Kalau ugut itu dibuat di luar, saya tak kisah sangat," katanya.

Zed percaya ugutan itu berpunca daripada perlantikannya sebagai AJK persatuan penduduk di bangunan kediamannya itu. Katanya, dia dan pasukan kepimpinan baharu mengambil alih pengurusan sejak Mei lalu.

"Saya adalah AJK baharu dalam pengurusan bangunan itu. Bila pasukan kami masuk, dapat tahu sudah lima tahun audit pengurusan tidak dibuat. Kami terpaksalah buat siasatan lanjut.

"Sebelum ini, kepimpinan terdahulu letak jawatan beramai-ramai. Kakitangan yang sudah bekerja selama 12 tahun di pejabat pengurusan itupun tiba-tiba berhenti. Mungkin disebabkan ada isu pecah amanah dan lain-lain," katanya.

Zed yakin ugutan itu berlaku kerana ada pihak enggan kesalahan yang mereka lakukan sebelum ini terbongkar dengan pemeriksaan kepimpinan baharunya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2024 09:49 PM | Show all posts
okla tu ada cctv pun kan...
mcm2 hal skrg... ajk pengurusan kondo pun nak songlap duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:19 PM | Show all posts
sleepandream replied at 17-2-2024 01:49 PM
okla tu ada cctv pun kan...
mcm2 hal skrg... ajk pengurusan kondo pun nak songlap duit

Itulah setakat pengurusan kondo kan, duit skit2 pun naksonglap. Tp zed daidi ni pun mcm jenis gila kuasa. Setakat jadi presiden seniman ko nak letak syarat mcm2 kat retis, sampai retis gaduh pun ko nak masuk campurmcm ko ada seniman ko tuada kuasa campur hal personal retis phuiii
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif 2 je komen (sekarang dah 3).
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Minat betul dia ni berpesatuan. Kerja hakiki dia apa ya? Ke kerjaya dia berpesatuan je hahaha sebab aku personally kenal ada je orang yang kerja dia berpesatuan habis berbelas persatuan semua dia ada jawatan. Tapi dia askar pencen lah memang tak kerja pun lol.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib engko lah.
Duduk dkt condo caprut. Perangai residents pun caprut lehh. Main ugut2.
Kalau duduk dkt condo have2, koser residents nak ambik tau ko AJK ke, ko Ajak Shiro ke. Kesah?
Tulah, sapa suruh kau molot capoi + caprut?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2024 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat toilet dia

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lerrr.... Dia ni mana2 pergi ada jer bergaduh... Pastu nak suruh semua orang ambik tau...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgh ari bukak. 2 komen. Mlm bukak 6 komen. Aduhai. Sendu sesendunya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 12:15 PM | Show all posts
Penghulu Interim ke dia ni...hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 12:24 PM | Show all posts

hai awaaaaa.... ehhhh!


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 02:34 PM | Show all posts

ya ampunnn. sib baik aku x jd posa hr ni. euwww la dia nih hadeh, dah body-shaming lak aku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:55 AM GMT+8 , Processed in 0.047467 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list