|
Pada hari Selasa, pelakon Puteri Sarah Liyana telah mendakwa pegawai pemasaran dikenali sebagai Nazatul Nazira melakukan pecah amanah berjumlah sebanyak RM26K. Difahamkan, aktres ini telah pun memfailkan surat tuntutan kepada wanita itu.
Menurut pelakon ini, dirinya telah menyerahkan letter of demand atau surat tuntutan kepada Nazatul melalui peguamnya. Katanya, kini sudah ada dua surat tuntutan yang diberikan pada pegawai pemasaran itu.
Semalam, saya menerusi peguam menyerahkan satu lagi letter of demand atau surat tuntutan kepada individu sama.
Jadi, sekarang sudah ada dua LOD, satu membabitkan isu fitnah dan kedua pecah amanah.
Sebelum ini, media sosial digemparkan dengan berita Sarah yang menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi kepada Nazatul itu selepas individu berkenaan didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan.
Bukan itu sahaja, pelakon ini turut meminta agar Nazatul menarik semula kenyataan fitnah tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka padanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|