View: 5722|Reply: 0
|
MotoGP: Peluang Marquez menyinar kelam
[Copy link]
|
|
MARQUEZ dijangka berdepan cabaran sukar mengendalikan jentera Ducati selepas menghabiskan tempoh yang agak lama bersama Honda. - AFP
LUSAIL – Pelumba baharu Gresini Racing, Marc Marquez dijangka berdepan tugas lebih mencabar untuk menyesuaikan dirinya bersama jentera Ducati kerana faktor usianya yang semakin meningkat.
Marquez telah menghabiskan 11 musim mengemudi jentera Honda dan telah memenangi lapan kejuaraan dunia sepanjang kariernya.
Tahun lalu, menyaksikan dia mengambil keputusan untuk menyertai Gresini dan bakal menggunakan jentera Ducati pada musim ini dengan harapan mampu bersaing merebut gelaran dunia MotoGP.
Menurut bekas pelumbadari New Zealand, Simon Crafar, Marquez kini telah berusia 30-an dan mungkin ia akan menjadi lebih sukar untuk juara dunia itu menyesuaikan diri.
“Dia kini berusia 30-an dan daripada pengalaman saya sendiri, ia akan menjadi lebih sukar untuk menyesuaikan diri dengan pasukan dan jentera baharu.
“Semakin muda usia anda, semakin cepat anda dapat menyesuaikan diri dengan motosikal dan pelarasan baru.
“Anda boleh lihatnya sekarang, dia menghadapi kesukaran untuk menukar gaya tunggangan Honda kepada Ducati,” kata Crafar.
Pelumba yang berasal dari Sepanyol itu menjalani sesi ujian pramusim yang agak hambar di Sepang dan Qatar, biarpun menyinar pada penampilan sulungnya bersama Ducati dalam sesi ujian di Valencia tahun lalu.
Crafar juga menyatakan bahawa Gresini Racing juga perlu berusaha keras untuk membantu Marquez menyesuaikan diri bersama jentera baru dan bukan hanya bergantung kepada maklumat diberikan pelumba itu untuk mendapatkan keputusan positif. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... uez-menyinar-kelam/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|