View: 2193|Reply: 7
|
Akshay Kumar cari masa ‘me time’ bangun pukul 4 pagi, tenang isteri dan anak tidur
[Copy link]
|
|
![](https://www.mstar.com.my/image/830/553?url=https%3A%2F%2Fapicms.mstar.com.my%2Fuploads%2Fimages%2F2024%2F02%2F27%2F2564420.jpg)
Akshay bangun seawal pukul 4 pagi untuk mencari masa bersendirian.
PELAKON Akshay Kumar mendedahkan rutin hariannya bangun seawal pukul 4 pagi bagi mendapatkan masa bersendirian.
Mengulas mengenai rutinnya itu, Akshay, 57, turut menasihat peminat untuk mencari masa beberapa jam dalam sehari untuk diri sendiri.
Kata pelakon Bollywood itu, dia akan tidur sekitar pukul 9 malam dan bangun awal pagi sewaktu isteri dan anak-anaknya masih terlena.
![](https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2024/02/27/2564421.jpg)
Akshay bersama isterinya, Twinkle.
"Hari saya bermula pada pukul 4 pagi atau 4.30 pagi. Saya tidur awal pada pukul 9 malam atau 9.30 malam.
"Itulah satu-satunya masa lapang yang saya dapat dengan diri sendiri kerana waktu itu isteri dan anak-anak sedang tidur. Tiada tekanan!” katanya kepada IndianExpress.
Dalam pada itu, pelakon filem Singh Is Bling ini memberitahu setiap lelaki memerlukan dua hingga tiga jam, di mana mereka perlu masa untuk bersendirian.
Tambah Akshay, dia tidak akan bermain telefon bimbit ketika itu dan mengambil peluang meluangkan masa sepertu bersenam.
"Tiada telefon, tiada Instagram (media sosial). Kemudian saya akan bersenam selama sejam atau sejam 30 minit sebelum isteri dan anak-anak terjaga.
"Apabila keluarga saya sudah bangun dari tidur, saya akan bersarapan dan pergi kerja seperti biasa," ujarnya.
Untuk rekod, Akshay mendirikan rumah tangga dengan pelakon Twinkle Khanna pada 17 Januari 2001.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aarav, 22, dan Nitara, 12 tahun.
https://www.mstar.com.my/spotlig ... teri-dan-anak-tidur |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku envious dgn org yg berdisiplin camni. aku nk buat lama dah tido awal bgn awal ni, tp blm lg berjaya. willpower kurang ler bila usia makin meningkat. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat plak masa die nak kawen ngan twinkle ni family mertua dia tak sudi, yelah dia ni kira marhaen gak orgnye. skali tu marriage die paling bertahan lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Rembesan jugek heol ni…daddy choke gittew…byk dah hero bolly yg dah kertu ek..iols pon mengertu jua kekdahnye.. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 28-2-2024 06:02 PM
teringat plak masa die nak kawen ngan twinkle ni family mertua dia tak sudi, yelah dia ni kira marha ...
Ms dorang kawen ak plak rase eh knp twinkle.. Dia hensem kot hahahhaa... Ex dia smua lawa2... |
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 28-2-2024 02:09 PM
aku envious dgn org yg berdisiplin camni. aku nk buat lama dah tido awal bgn awal ni, tp blm lg berj ...
Hehe...
Iols dah Cuba.
Memang tenang uols...
Sebab bila Buka tingkat Ada angin2.sikit..
Tutup balik..buat koje...
Sampai subuh then lepas tu kalut dah sebab anak2 iols dah bangun |
|
|
|
|
|
|
|
best eh? tu la, nk cuba gak la nnt. kena disiplinkan diri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Yoonggi replied at 1-3-2024 03:00 PM
best eh? tu la, nk cuba gak la nnt. kena disiplinkan diri ni
Best..
Sekali sekala.boleh la uols..
Kalau time Anak sekolah iols.takde la buat
Kalau cuti cuti.boleh.la...
Sebab mmg tenang
Pagi pagi rumah iols Ada bunyi burung2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|