CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5657|Reply: 0

Dalam industri jangan baik sangat, nanti orang pijak – Elisya Sandha

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Dalam industri jangan baik sangat, nanti orang pijak – Elisya Sandha

https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ijak-elisya-sandha/

Oleh MOHAMMAD SHAHEMY AZMI
29 Februari 2024, 9:53 am


Pelakon Elisya Sandha sentiasa berpegang kepada prinsip kakaknya, Fasha Sandha dalam mendepani kerjaya sebagai seorang anak seni.

PETALING JAYA – “Bila berada dalam industri, saya tidak boleh jadi terlalu baik, nanti kena pijak.”

Itu antara nasihat dipegang pelakon Elisya Sandha yang dititipkan oleh kakaknya iaitu aktres berkaliber, Fasha Sandha selepas mengambil keputusan untuk terjun dalam industri seni hiburan.

Elisha atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan, 25, ketika ditemui berkata, kakaknya juga memberikan nasihat kepadanya untuk menjadi seorang yang tegas apabila bertapak dalam industri yang diceburi.

“Antara nasihat kakak (Fasha) yang saya pegang ialah, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Lagi satu kena jadi tegas, tak boleh terlalu baik.

“Sebab berada dalam industri ini (hiburan), kalau jadi terlalu baik nanti orang pijak kita,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar ibu kepada Bunga Elhaq itu lagi, dia turut menjadikan Fasha, 40, sebagai suri teladan (contoh baik) untuk berada dalam bidang lakonan dan mengakui bahawa kakaknya seorang pelakon hebat yang patut dijadikan contoh.

“Ikut jejak langkah Fasha adalah satu perkara yang baik sebenarnya. Saya berada pada tahap sekarang pun adalah disebabkan kakak saya. Sejak kecil saya membesar dengan melihat cara dia bekerja.

“Disiplin dan komitmennya terhadap dunia lakonan sangat bagus. Sebab itu saya mahu jadi sepertinya. Sedikit sebanyak Fasha adalah suri teladan saya dalam industri ini,” katanya.

Ketika ditanya tentang perasaannya apabila kerap dibanding-bandingkan dengan kakak sendiri, pelakon drama Ratu Ten Pin itu berkata, dia tidak kisah dengan perkara tersebut kerana percaya pada bakat dan kelebihan yang ada pada diri sendiri.

“Sebenarnya sejak dulu sampai sekarang memang ada orang membanding-bandingkan saya dengan kakak. Tapi kami saling menyokong dan menyayangi antara satu sama lain.

“Saya pun belajar dengan dia. Saya tidak kisah pun apa orang nak cakap sebab masing-masing ada kelebihan dan keunikan tersendiri. Kami adalah manusia yang berbeza.

“Kalau orang kata saya dibayangi Fasha Sandha pun saya tidak kisah sebab dia adalah kakak saya. Jadi untuk saya bayangkan dia pun rasanya tidak salah sebab kakak saya memang seorang yang bagus,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056770 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list