CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 615|Reply: 0

Horner tegaskan dia masih ketua Red Bull

[Copy link]
Post time 13-3-2024 11:49 AM | Show all posts |Read mode

HORNER (kanan) berbincang dengan Verstappen mengenai jentera Red Bull. FOTO AGENSI

London: Max Verstappen dan Helmut Marko adalah sebahagian daripada Red Bull, tetapi Christian Horner menegaskan dia adalah individu yang mengetuai pasukan Formula Satu (F1) itu.

Awal bulan lalu, Red Bull berdepan krisis akibat berita mendakwa Horner disiasat berikutan salah laku terhadap kakitangan wanita.

Perkara itu disahkan oleh Red Bull GmbH yang sebelum perlumbaan pembuka musim di Grand Prix (GP) Bahrain, menamatkan siasatan itu dan Horner meneruskan peranan sebagai bos pasukan itu.

Bagaimanapun, drama itu tidak berakhir di situ apabila penasihat permotoran Red Bull, Marko disiasat kerana dakwaan mendedahkan isu berkaitan Horner.



Malah bapa kepada Max Verstappen iaitu Jos menggesa Horner meletak jawatan dan lebih teruk lagi, Verstappen menegaskan jika Marko meninggalkan pasukan, dia akan mengikut jejak langkah sama.

Kekecohan itu membayangi permulaan hebat Red Bull untuk mempertahankan gelaran dunia apabila memenangi dua GP awal dengan kedudukan satu dua dengan 38 mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Ferrari.

Horner menegaskan semua orang ada peranan penting dalam pasukan, tetapi di akhirnya, dia adalah ketua mereka.

"Saya fikir mungkin terlalu banyak yang diperkatakan oleh pihak lain," kata ketua dari Britain itu.

"Pasukan tetap pasukan. Max adalah sebahagian daripada pasukan, begitu juga dengan Helmut, tapi saya ketua pasukan ini dan semua orang ada peranan penting untuk dilaksanakan."

Mengenai ancaman Verstappen untuk meninggalkan Red Bull dan dikaitkan dengan tempat Lewis Hamilton bersama Mercedes, Horner berkata, pemandu bintang itu tidak boleh lebih besar berbanding Red Bull.

"Tiada individu yang lebih besar berbanding pasukan," katanya.

"Kami memiliki kereta yang mencetuskan fenomena. Kami ada satu tempat duduk terbuka tahun depan. Saya mungkin memiliki 16 pemandu yang terdesak untuk berada dalam kereta itu pada tahun depan.

"Kami memiliki hubungan kukuh dengan Max dan dia melakukan tugas yang menakjubkan. Fokus utamanya tertumpu kepada tugasan di trek dan ia turut menjadi fokus kami."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... asih-ketua-red-bull
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tragedi Disember, malu apa masuk la sini jap!
maklukpenggodaTragedi Disember, malu apa masuk la sini
Views : 47162 Replies : 21
Edisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu Angka
telracsEdisi Awet Muda : Umur Hanyalah Suatu An
Views : 11044 Replies : 25
Perang Perdagangan sudah bermula, yehawww!
maklukpenggodaPerang Perdagangan sudah bermula, yehaww
Views : 2209 Replies : 2
Isu keganasan Rumah Tangga zahnita
PenjaraPetaiIsu keganasan Rumah Tangga zahnita
Views : 11109 Replies : 278
Saya dengan ini isytiharkan undang-undang tentera darurat," kata Encik Yoon dalam ucapan langsung di tv,Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera darurat
YgBenarSaya dengan ini isytiharkan undang-undan
Views : 6306 Replies : 4
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 257047 Replies : 7118
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 48983 Replies : 27
Jarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran akaun 3 KWSP cecah RM10.78 bilion
YgBenarJarah duit KWSP budaya kito:Pengeluaran
Views : 50388 Replies : 28
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 1986 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 92566 Replies : 933

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.054852 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list