|

Tinjauan harga jualan juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan TTDI. FOTO ASYRAF HAMZAH
Seremban: Harga makanan di bazar Ramadan di Seremban dan Nilai didapati menunjukkan kenaikan tidak ketara terutama membabitkan lauk pauk.
Bagaimanapun pembeli mengakui sedikit terasa dengan kenaikan itu jika membeli lebih daripada dua lauk atau makanan.
Peniaga lauk pauk, Akmal Harith Amir Shukri Amir, 24, berkata, dia cuba meletakkan harga seminimum mungkin selagi ada keuntungan dijana.
"Dua minggu lalu, harga daging naik sebanyak RM2 sekilogram, saya tidak tahu puncanya, jadi kini harga sup daging contohnya daripada RM7 kini dinaikkan ke RM8.
"Bagi ayam, kami ikut harga semasa namun cuba mengekalkan harga sama seperti tahun lalu.
"Tapi kena tengok, kami kena dapatkan untung juga walaupun sedikit," katanya.
Pembeli, Rosmaliza Mohamed Ramli, 30, berkata, meskipun kenaikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) tidak membabitkan makanan, namun ia memberi impak secara tidak langsung.
"Saya dapati harga lauk pauk memang naik RM1 ke RM2. Jika beli tiga ke empat lauk, sudah cecah lebih RM20 dan saiz hidangan juga makin sedikit," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... mbeli-mula-terkesan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|