|
xrmai stok jambu kali nih..tp yg dr Sabah tuh ada sorg jambu
kakJAHku Post at 18-3-2011 00:31
kan KRU dah amik... mencik tau af nehh ai nak tengok heols dlm af
KRU lamar Mohd Azhar
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
[email protected]
2011/03/27
MOHD AZHAR selepas diumum juara BIBH peringkat pusat beli-belah di Klang Parade, semalam.
Suara juara BIBH Zon Tengah 2010 memukau, penampilan menarik
KLANG: Suara memukau di samping penampilan menarik membawa tuah kepada juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) 2010 peringkat Zon Tengah, Mohd Azhar Osman, 23, apabila dilamar komposer terkenal, Edry Abdul Halim untuk menyertai KRU Studios Sdn Bhd sebagai artis rakaman.
Edry bersama Pengarang Hiburan merangkap Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2010, Zainuri Misfar, dan Penolong Pengarang Hiburan, Nurulhisham Abdul Latiff menjadi juri bagi pertandingan BIBH peringkat pusat beli-belah yang berlangsung di Klang Parade, di sini, semalam.
Naib juara disandang bekas kakitangan Celcom, Syed Alfrizal Syed Alwi, 23, manakala tempat ketiga dimenangi pelajar, Nurul Aina Abd Ghani, 18. Pencarian BIBH diadakan sempena siri jelajah akhir ABPBH 2010 selama tiga hari yang berakhir di Klang Parade, hari ini.
Kejayaan itu membolehkan Mohd Azhar yang juga perunding sambilan CIMB Bank, membawa pulang wang tunai RM2,000, barangan eksklusif Berita Harian, barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM5,000, hamper tajaan Klang Parade dan sijil. Tempat kedua menerima hadiah tunai RM1,000, sijil dan hamper, manakala tempat ketiga, wang tunai RM500, sijil dan hamper.
Selain Mohd Azhar, Syed Alfrizal dan Nurul Aina, peserta lain yang layak ke peringkat akhir BIBH ialah Mohd Zaki Muhammad Zain, 27, di SACC Mall, Shah Alam; Nurizzah Liyana Roslan, 21, (Kuantan Parade, Kuantan); Nur Masidayu Mohd Ibrahim, 23, (Sungai Petani, Kedah); Zalina Kassim, 29, (The Mall, Kuala Lumpur) dan Farah Nadeera Azmi, 18, (Pasir Gudang, Johor Bahru). Klang Parade turut menyaksikan 12 peserta dari Zon Utara, Selatan, Timur dan Tengah berentap pada peringkat akhir BIBH hari ini, jam 10 pagi dengan juara berpeluang menjadi penyampai trofi pada ABPBH 2010. Juara keseluruhan akan membawa pulang wang tunai RM3,000, barang kemas tajaan Rafflesia bernilai RM10,000, sijil dan trofi BIBH.
Naib juara membawa pulang wang tunai RM2,000, trofi BIBH dan sijil, tempat ketiga akan pulang dengan RM1,000, trofi dan sijil. Klang menjadi destinasi terakhir siri jelajah ABPBH 2010, sebelum acara kemuncak di Arena of Stars, Genting Highlands pada 3 April ini. |
|