CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10281|Reply: 15

Isu Terima Duit Raya RM3, Uyaina Arshad Luah Rasa Geram Dengan Sikap Segelintir Tak Reti Bersyukur

[Copy link]
Post time 17-4-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode




Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir manusia yang tidak bersyukur menerima duit raya.


Menerusi hantaran di Instagram Stories, pengacara Wanita Hari Ini berkongsi semula puatan tajuk berita yang mengatakan seorang bapa terkejut anak terima duit raya sebanyak RM3.








Menurut Uyaina, walaupun sedikit jumlah duit raya namun tetap perlu diterima dan bersyukur.


‘Dapat seposen sekali pun, terima dan bersyukurlah.


Katanya lagi, pemberian duit raya itu terpulang kepada kemampuan seseorang untuk memberi mahupun tidak.


"Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa.


"Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dia lah nak bagi berapa pun.


"Jangan buat teruk please. Terpaling entitled."


Sumber: Instagram/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 09:15 AM | Show all posts
mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok rm 2-3 kalau ramai budak nak 100 org, remaja rm5 kalu 50 org, org tua rm10-50 kalu 50 org, total rm1500-2000 sementara ada stok
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 12:39 PM | Show all posts
bapak dia ingat anak dia special sangat ke orang nak bagi banyak2
kalau tu bukan sedara mara dekat kau, takyah berangan la orang nak bagi banyak2
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
mak bapak yg komplen byk serba tak kena..korang ready je la duit raya ribu2 utk anak korang..anak korang xyah beraya dgn org lain sbb tak sama level..ntah korang pun sama bagi kat anak org lain duit singgit2 ada hati mengata org..pirrah
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak siapa ni? Ko kalu beraya rumah aku, aku tamau kasi lah duit raya lgsg. Umpama rohingya tepi jalan minta sedekah, marah pulak org kasi sedekah kurang dr sekian sekian amount
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2024 02:55 PM | Show all posts
yang bising2 dapat duit raya sikit ni berapa pulak dia bagi kat anak org lain? hadap sangat mcm pengemis dah meminta minta
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bapaknya bagi anak org lain berapa pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2024 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun ni saya tak baginpun duit raya seperti tahun2 sebelumnya...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai jugak retis komen isu duit raya ni ye.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah tak laku diam diam jer la
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2024 10:59 PM | Show all posts
subsidy mentality sampai ke duit raya
orang tak bagi, siap tanya takde duit raya ke?
bagi rm5 pun boleh cakap, kalau aku balik setahun sekali, lebih dari rm5 aku boleh bagi
beri lah sendiri kat anak2..buat apa minta2 kat orang
aik..  mengajar anak2 jadi pengemis pun ya
seriously tidak beradab
nak ziarah ke nak pau tuan rumah?
tahun depan, kaka dah cakap kat husband, no more duit raya
tak kira anak buah sendiri ke sesiapa
lain lah korang wan faysal, boleh cetak duit
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda lah. Dah lah tak bersyukur, pergi merempan lagi kat medsos.
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuk! Duwet raya bukan wajib pon. Bapak yg merempan ni hengat dia siapa nak kondem2 orang bagi duwet berapa hengget??? Ko bawak anak ko pergi beraya kat umah menteri, T20 la nak duwett banyak2. Itteww pon kalo muka ko muka tembok tak tahu maloo bukan satu level pon dgn orka nak demand duwett banyak2. Bak kata Dibah AA, see your level!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Hoola at 18-4-2024 09:04 PM

achik pun thn ni catu bajet cut
for the first time

kalu bg pun kt ank2 tu,makpak depa dgn aku pun mnyombong aku ni lg tua dari depa ..sedara tu.sembng pun x
koghase?????

maap zhir batin??
hakkkkpthuihhh!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2024 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni jenis parents entitled ni..ot sikit haritu masa raya i pegi satu rumah ni, diaorg invite duduk dekat luar rumah siap ada meja makan, kira raya situ jela. Boleh pulak cucu tuan rumah ni main mercun betul2 depan rumah tu punya la bising sampai kitaorg tak dpt bercakap. Parents budak tu pun pandang je takde nak suruh anak dia stop main, padahal we all baru duduk bukannya dah lama tak geti balik. Sudahnya i tak bagi duit kat cucu2 makcik tu, sebab pissed off sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:43 PM GMT+8 , Processed in 0.115075 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list