REAKSI Ten Hag ketika United menentang Coventry di Wembley. FOTO AFP
London: Erik ten Hag dilaporkan berdepan pemecatan oleh Manchester United pada penghujung musim ini dengan kemenangan ke atas Coventry dianggap sebagai 'kegagalan' terbaru.
Menurut The Sun, nasib jurulatih dari Belanda itu sudah ditentukan selepas penyokong United meninggalkan stadium sejurus tamat perlawanan walaupun kelab mereka mara ke final Piala FA.
Red Devils mendahului 3-0 di Wembley sebelum Coventry yang beraksi di Divisyen Dua bangkit menyamakan kedudukan sebelum perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti yang dimenangi United 4-2.
Ramai penyokong United mula meninggalkan tempat duduk masing-masing sebaik Rasmus Hojlund menjaringkan penalti kemenangan.
Sebaliknya penyokong Coventry kekal meraikan pemain mereka walaupun kecewa dengan kekalahan dramatik itu.
Masa depan pengendali dari Belanda itu kini dilaporkan sudah ditentukan walaupun jika United menang Piala FA pada 25 Mei.