CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1406|Reply: 0

Kongsi masalah rumah tangga punca kami rapat - Aliff ulas hubungan dengan Ruhainies

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Aliff kali pertama mengulas kontroversi dihadapi dalam sesi temubual bersama podcast The Common Folks yang disiarkan di saluran YouTube rasmi podcast berkenaan, malam tadi. Foto YouTube podcast The Common Folks





KUALA LUMPUR: Artis kontroversi, Aliff Aziz menyifatkan keterbukaan berkongsi masalah rumah tangga dengan pelakon gandingan, Ruhainies adalah kesilapan besar.

Aliff atau nama penuh, Mohammad Aliff Aziz mengaku tidak sepatutnya berbuat demikian kerana tindakannya itu mendorong mereka menjadi lebih rapat hingga akhirnya membabitkan soal hati dan perasaan.

"Saya bukanlah seorang yang suka hendak kongsi masalah rumah tangga dengan sesiapa sahaja termasuk gandingan saya dalam drama.

"Apa yang mereka boleh buat pun kalau saya kongsi. Ruhainies pun tidaklah bertanya. Namun, pergolakan rumah tangga yang berlaku itu rupa-rupanya menjejaskan prestasi kerja saya.

"Perkara itu disedari kru produksi termasuk Ruhanies. Saya pun tidak tahu apakah kerana simpati atau apa, dia akhirnya bertanya apa masalah saya dan saya pun cerita segala-galanya.

"Hanya kerana tindakan saya bercerita masalah yang berlaku antara saya dengan Bella Astillah, ditambah hari-hari kami 'shooting' bersama membuatkan kami menjadi semakin rapat," katanya dalam temubual eksklusif bersama podcast The Common Folks yang disiarkan di saluran YouTube rasmi podcast itu, malam tadi.

Tambah juara program realiti musim kelapan Gegar Vaganza (GV8) itu, andai dapat diputarkan waktu, pasti dia tidak akan sesekali berkongsi masalah peribadi kerana tindakannya itu lebih memburukkan keadaan.

"Sebagai lelaki, sepatutnya saya kena pikul sendiri masalah ini tanpa perlu hendak buat curahan hati dengan orang lain.

"Pada ketika ini, saya sangat menyesal kerana perkara ini saya kena kawal. Kenapa perlu saya hendak kongsi masalah rumah tangga dengan orang lain," katanya.

Pelakon drama rantaian Ku Akad Dikau Dengan Bismillah itu mengulas mengenai hubungannya dengan Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas hingga mereka ditangkap khalwat.

Ditanya mengenai kesahihan dakwaan kes ditangkap khalwat itu adalah perangkap yang dirancang sendiri Bella, Aliff enggan menuding jari pada isterinya itu.

"Saya tak nak salahkan Bella dan tuduhan itu (perangkap) adalah berat. Hakikatnya, saya memang ada di sana (lokasi ditangkap khalwat).

"Tidak ada siapa yang letak pistol di kepala saya untuk saya buat begitu. Apa yang berlaku adalah salah saya sendiri," katanya.

Pada 9 Mac lalu, Alif terpalit kontroversi apabila dicekup berkhalwat oleh anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah di sini, bersama Ruhainies.

Rentetan itu, kedua-dua pelakon terbabit menjadi sasaran kemarahan netizen sebelum Aliff dan Ruhainies tampil membuat permohonan maaf.

Isteri Aliff, Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astilla memfailkan perceraian secara ekspres terhadap Aliff pada 13 Mac lalu. Namun, Aliff dilapor enggan menceraikannya ketika sebutan kes berkenaan pada 4 April lalu.

Kes perceraian Aliff dan Bella disambung semula di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pada 4 Jun depan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.554514 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list