View: 3560|Reply: 0
|
Mampukah Bergson dicabar?
[Copy link]
|
|
Bergson da Silva
Kuala Lumpur: Sejak menyertai Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 2021, Bergson da Silva mencipta reputasi tersendiri sebagai 'mesin gol' Harimau Selatan selepas berjaya mencatat lebih 20 gol dalam tiga musim berturut-turut.
Penyerang Brazil itu meledak 23 gol pada 2021 namun tewas perebutan Kasut Emas dengan Ifedayo Olusegun (26 gol) namun Bergson memecahkan rekod jaringan semusim Liga Super apabila meledak 29 gol pada musim seterusnya untuk bergelar Penjaring Terbanyak.
Bergson sekali lagi meledak 20 gol apabila meledak 21 gol musim lalu namun terlepas gelaran Penjaring Terbanyak yang dimenangi penyerang Selangor FC (SFC), Ayron del Valle yang menyumbat 23 gol pada penampilan sulungnya sebelum meninggalkan pasukan itu bagi musim 2024/25.
Justeru, Bergson sekali lagi menjadi taruhan terbaik JDT untuk meraih 'hatrik quadruple' apatah lagi dia membentuk trio serangan berbisa bersama Fernando Forestieri dan Arif Aiman Hanapi - gandingan mereka meledak 52 daripada 100 gol JDT di liga musim lalu.
Kemampuan Bergson itu seharusnya menjadi cabaran terbaik buat penyerang pasukan lain memberikan persembahan terbaik untuk meledak gol kerana tanpa jaringan, bagaimana pasukan mereka hendak meraih kemenangan?
Tampaknya mereka memerlukan 'penembak tepat' seperti Ayron yang menjadi 'legenda' apabila memenangi gelaran penjaring terbanyak dan kemudiannya membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu meskipun beraksi dengan cemerlang.
Persoalannya, adakah kita dapat menyaksikan penyerang dengan kaliber seperti penggempur Colombia itu ataukah Bergson mampu tersenyum lebar memandangkan dia tidak memiliki pencabar untuk Anugerah Kasut Emas pada musim ini?
MUKA BAHARU LIGA SUPER
Dengan kesempatan rehat liga yang panjang, pasukan mencatur strategi terbaik dengan membawa penyerang baharu namun hanya masa akan menentukan sama ada pembelian mereka berbaloi ataupun 'scam'.
Antara nama baharu menyertai Liga Super adalah Nicolao Dumitru (JDT), Milos Gordic (KDA FC), Jovan Motika (KL City FC), Rodrigo Dias (Penang FC), David Ribera, Chadrack Lukombe dan Valdu Te (KDN FC) serta Keanu Brown (Kuching City).
Ronnie Fernandez
Ronnie Fernandez dan Reziq Hani Bani pula diikat 'The Red Giants', Mykola Ahapov (SPFC), Clayton dan Lee Tae Min (Perak FC) serta Mika Junco (Negeri Sembilan FC).
Selain itu, Liga Super musim 2024/25 tampak menjadi medan 'talian hayat' khususnya buat penyerang 'kitar semula' yang berjaya meyakinkan pasukan baharu untuk menagih sentuhan mereka.
PENYERANG 'KITAR SEMULA' PILIHAN PASUKAN
Beberapa penyerang berjaya mengekalkan tempat dalam kancah bola sepak tempatan dan pengalaman luas beraksi di Liga M jelas menjadi 'aset termahal' mereka bagi bersama pasukan baharu masing-masing.
Antaranya, Kedah Darul Aman (KDA) FC mengikat Sony Norde, KCFC mendapatkan khidmat Jordan Mintah dan Tchetche Kipre sementara PDRM FC meletakkan kepercayaan kepada Ifedayo bagi memperkasa 'tembakan' mereka bagi musim ini.
NSFC berjaya mengekalkan Hein Htet Aung secara pinjaman dari SFC manakala Manuel Hidalgo yang dipinjamkan dari JDT membantu Sri Pahang FC (SPFC) bagi musim ini.
Terengganu FC (TFC) pula berjaya mendapatkan Ismaheel Akinade dan Chukwu Chijioke untuk menambahkan lagi sengat di bahagian depan mereka.
PELUANG KEDUA PEMAIN TEMPATAN
Lebih menarik untuk menyaksikan kemampuan beberapa pemain tempatan yang berhijrah ke pasukan baharu dengan tumpuan akan terarah kepada duo JDT, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang menyertai skuad 'Penyu' secara pinjaman.
Safawi Rasid
Selain itu, dua lagi pemain JDT, Syafiq Ahmad memperkuat KDA FC dan Syamer Kutty turut 'berubah angin' ke utara dengan dipinjamkan ke Penang FC.
Nabil Latpi yang menyerlah bersama PDRM FC menyertai Syamer di Penang FC manakala T Saravanan bersama skuad 'Tok Gajah' pada musim 2024/25.
Syafiq Ahmad
Adakah penghijrahan bersama pasukan baharu ini mampu 'menghidupkan' semula karier mereka ataupun mereka akan terus tenggelam?
https://www.bharian.com.my/sukan ... kah-bergson-dicabar |
|
|
|
|
|
|
| |
|