|
Pemain-pemain Manchester United kelihatan kecewa selepas tewas kepada Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, London. - Foto REUTERS
LONDON: Jamie Carragher menyelar Manchester United yang dibelasah 4-0 oleh Crystal Palace, melabelkan mereka sebagai pasukan dengan bimbingan paling teruk di Liga Perdana Inggeris.
Ia satu lagi perlawanan mengecewakan buat anak buah Erik ten Hag, yang teruk dibuli The Eagles di Selhurst Park.
Michael Olise meledak dua gol manakala Jean-Philippe Mateta dan Tyrick Mitchell turut berjaya membolosi gawang United.
"Ini antara pasukan yang dibimbing paling lemah di Liga Perdana, itu adalah fakta," kata Carragher.
United turun tanpa kelibat Bruno Fernandes dan Marcus Rashford dan percaturan Ten Hag gagal mengimbangi ketiadaan pemain-pemain tonggaknya itu.
"Tahap persembahan anda akan menurun apabila anda kehilangan pemain-pemain terbaik anda.
"Ten Hag memerlukan persembahan, dia memerlukan keyakinan.
"Anda perlu membuatkan kami yakin yang anda mampu. Saya tidak melihat bagaimana United mampu menang malam ini.
"Belum ada skuad United yang dibelasah 4-0 oleh Palace. Skuad bawah 23 tahun United, saya juga mengharapkan mereka tidak tewas 4-0.
"Saya tidak pernah menjadi jurulatih atau pengendali, tetapi saya pernah menjadi pemain dan saya lihat banyak benda yang silap," tambah Carragher. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -kecam-cara-ten-hag |
|