|
SILVA akan meninggalkan Chelsea hujung musim ini. FOTO Reuters
Rio de Janeiro: Pertahanan Brazil, Thiago Silva mengumumkan dia akan menyertai semula kelab kampung halamannya, Fluminense apabila kontrak dengan Chelsea tamat pada akhir musim ini.
"Saya akan pulang," tulis warga Rio de Janeiro berusia 39 tahun itu di X, disertai dengan video dia memakai baju kelab zaman kanak-kanaknya. Fluminense.
Silva akan menyertai juara Copa Libertadores itu dalam perjanjian dua tahun, dengan Chelsea membenarkan pertahanan tengah itu memulakan latihan dengan Fluminense sebelum perpindahan pendaftarannya pada 1 Julai.
"Dia sentiasa bermain untuk lencana di dada, sebagai legenda Biru tulen. Terima kasih atas semua kasih sayang yang anda berikan untuk juara kami, @ChelseaFC. Kebanggaan London. Kini tiba masanya untuk pulang ke rumah. Rio menanti anda," kata Fluminense di X.
Silva mula menyertai akademi Fluminense sebagai pemain remaja tetapi terpaksa berpindah untuk mencari peluang beraksi dengan pasukan utama.
Dia kembali ke kelab itu pada 2006 dan memenangi Copa do Brasil, sebelum menyertai kelab Itali, AC Milan pada 2009.
Sepanjang kariernya di Eropah, Silva memenangi kejuaraan liga bersama Milan dan Paris Saint-Germain, serta Liga Juara-Juara bersama Chelsea pada 2021.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -ke-kampung-halaman |
|