View: 3506|Reply: 18
|
Tak mengapa Masing-Masing tak layak ke AJL
[Copy link]
|
|
Ernie terima kemungkinan lagu Masing-Masing tak bolos AJL dengan hati terbuka. - NSTP/Rohanis Shukri
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ernie Zakri yang sedang melonjak naik menerusi lagu Masing-Masing ciptaan Ade Govinda tidak berkecil hati berkemungkinan lagu duet itu tidak akan dipertandingkan dalam Anugerah Juara Lagu (AJL) memandangkan penciptanya bukan pengkarya tempatan.
Ernie berkata, dia menerima kemungkinan itu dengan hati terbuka, bagaimanapun tidak menolak hakikat AJL adalah pentas berprestij yang mampu menaikkan karya dan kredibiliti seseorang penyanyi.
"AJL adalah acara anugerah berprestij di Malaysia. Saya tak nafikan, ia juga adalah satu batu loncatan bagi setiap penyanyi.
"Saya juga percaya kita semua juga ada impian. Saya pernah ada satu impian beraksi di pentas AJL dan Alhamdulillah, saya sudah dapat.
"Sekarang jika tidak ada rezeki untuk lagu Masing-Masing berada di pentas AJL, tidak mengapa.
"Selagi orang tahu lagu ini dan mendapat tempat di hati, itu lebih penting. Layak atau tak layak dicalonkan dalam mana-mana anugerah, ia tidak mengapa," katanya kepada BH Online.
Ernie tak nafikan, anugerah adalah semangat seseorang penyanyi melakukan karya seterusnya, namun ia bukanlah pengukur kejayaan. - NSTP/Rohanis Shukri
Ernie tak nafikan, anugerah adalah semangat seseorang penyanyi melakukan karya seterusnya, namun ia bukanlah pengukur kejayaan. - NSTP/Rohanis Shukri
Tambah Ernie, dia tidak menafikan anugerah adalah satu perkara yang baik untuk seseorang penyanyi supaya mereka rasa bersemangat untuk melakukan karya seterusnya, namun ia bukanlah pengukur kejayaan.
"Anugerah bukan pengukur kejayaan. Sebab pengukur kejayaan saya adalah penghargaan daripada peminat. Saya selalu cakap, kehidupan dan perjalanan dalam dunia nyanyian ini bukanlah suatu pertandingan.
"Ia adalah satu titian yang membawa saya berjumpa ramai peminat.
"Dalam banyak maklum balas yang diterima, itulah adalah perjalanan saya. Itulah yang manis sebenarnya.
"Mungkin pada usia 32 tahun ini, ia sudah memberikan perspektif baharu dan lebih positif.
"Jadi, tidak mengapa kalau saya tidak menang apa-apa sebab selagi peminat memahami dan menyukai karya, saya sudah bersyukur.
"Malah, kehadiran cahaya mata, Nur Khawla Soleha juga membuatkan saya mahu lakukan semua perkara jadi menyeronokkan. Saya bekerja penat-penat pun untuk anak," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk makanan tambahannya, Zeleb+ NMN di Arena Watsons, pusat beli-belah The Exchange TRX, di sini, kelmarin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apasal pulak masih ada kemungkinan? mmg sah2 xlayak bertanding sbb ciptaan komposer luar negara sepenuhnya. sedangkan kalau ciptaan bersama dgn komposer tempatan pun dh disqualified, celah mana yg fully composed by composer indon masih ada kemungkinan untuk bertanding? wartawan pun tolonglah jgn malas sgt nak rangka ayat tu. |
|
|
|
|
|
|
|
scrocth replied at 12-5-2024 10:06 PM
apasal pulak masih ada kemungkinan? mmg sah2 xlayak bertanding sbb ciptaan komposer luar negara sepe ...
Ntahnya ..takkan lar tak tahu kan...saja je nak trigger follower dia lah tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu jadi bahan berita pun, memang dah tentu-tentu tak layak. Ke penulis berita ni baru tengok AJL tahun lepas?
Tapi lagu Masing-Masing ni best, suka on loop kat Youtube |
|
|
|
|
|
|
|
masa first time iols dengar album ni, lagu pertama yang iols suka dengar ialah Masing-masing. Sedap lagunya. Overall album kak nini sedap je. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg tak layak kan
tapi lagu ni mmg sedap
|
|
|
|
|
|
|
|
tak prestij mana dah AJL sekarang ni...
penaja pun produk timbang kilo dengan panadol ko raser?
sesuai sgt target market demografik acik2 n ponen2 buruk yg sakit2 yang gigih layan AJL la ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu masing masing mmg best.. lirik pn best |
|
|
|
|
|
|
|
Lgu ni mcm bru up kan padahal mcm lgu lama masa tu aku dgr band tu nynyi xde duet dgn nini lg |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi apakah pertandingan yang berprestij bagi uols skrg?
|
|
|
|
|
|
|
|
mcm takde dah. dolu2 abp ajl aim 3 ni meriah ja tengok depan tv satu family...lagu & artis2 yg bertanding pun variety and power2 utk kategori masing2 walaupun kategori nasyid or irama tradisional contohnya...
now, most lagu2 & artis2 yg masuk bertanding iols tak kenal pun... host anugerah pun krik krik sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lagu Hal Hebat, ya band Govinda ni nyanyi dulu lepas tu baru duet dengan Ernie.
Tapi lagu Masing-Masing ni memang Ernie yang request Ade Govinda ciptakan untuk album baru Ernie.
|
|
|
|
|
|
|
|
gerbera.memopad replied at 13-5-2024 09:27 PM
Kalau lagu Hal Hebat, ya band Govinda ni nyanyi dulu lepas tu baru duet dengan Ernie.
Tapi lagu Ma ...
Oh tu lagu hal hebat.. confius iol dgn lgu masing2 ni.. ptut mcm rasa lgu lama rupanya lgu lain |
|
|
|
|
|
|
|
iols pun ske lagu masing-masing ni smp bdk2 lelaki opis pun pandai nyanyi lagu ni, tp tak apa laa xde rezki Nini kan, ye laa sbb collab dgn org seberang kan. |
|
|
|
|
|
|
|
AJL ni lama betul kan.....bila la nak pupus |
|
|
|
|
|
|
|
menerima dgn hati terbuka apanya..? ko penyanyi malaysia, jadi penyanyi pun dah lama.. xkan ko x tau peraturan muzik2/AJL. |
|
|
|
|
|
|
|
Suka naw batu apikan followers sheols. Sorry to say, for me sheols overrated walaupon vokal best. Lagu sepattern sajork, lirik pon lirik bau yendon. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau lagu Masing-Masing mmg lah lirik bau yindon chuols....dah mmg penciptanya pun org yindon
|
|
|
|
|
|
|
| |
|