CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 720|Reply: 0

[Perlis] Tiga termasuk suami isteri mengaku tidak bersalah menipu

[Copy link]
Post time 13-5-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Tiga termasuk suami isteri mengaku tidak bersalah menipu

13 Mei 2024 02:54pm








Gambar hiasan




KANGAR - Tiga individu termasuk sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas dua tuduhan menipu dua individu membabitkan wang tunai RM23,635 empat tahun lepas.

Suchart Ee @ Quah, 58, dan isterinya, Kamontip Chu @ Chim, 50, serta Mohd Nuruddin Azhar, 37, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadap mereka dibacakan berasingan di dua kamar berbeza di hadapan Majistret Nurshahida Abdul Rahim dan Majistret Ana Rozana Mohd Nor.



Mengikut pertuduhan pertama di hadapan Nurshahida, mereka secara bersama didakwa memperdayakan seorang lelaki untuk memasukkan RM12,835 ke dalam akaun syarikat Giganation Sdn Bhd pada 2 Disember 2020 jam 4.20 petang hingga 31 Disember 2020jam 9.10 pagi di sebuah bank di sini.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda.



Nurshahida membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM3,000 tiap seorang dengan seorang penjamin serta menetapkan 1 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula kes.

Bagi pertuduhan di hadapan Ana Rozana pula, mereka didakwa di bawah seksyen yang sama kerana memperdayakan seorang lelaki untuk memasukkan RM10,800 ke dalam akaun syarikat sama di sebuah rumah di Felcra Lubuk Sireh di Kaki Bukit pada 30 Dis 2020 pukul 9.51 malam.

Ana Rozana kemudiannya membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM4,000 tiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 1 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor S. Mageswaran dan ACP Mohd Musa Ujang manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Rosman Azwan Osman. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039983 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list