View: 3449|Reply: 0
|
[Perak]
Ikrar sayur rupanya daging anak babi sejuk beku
[Copy link]
|
|
Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad (tengah) menunjukkan 23 tan daging anak babi sejuk beku yang cuba diseludup masuk dari Vietnam. FOTO MUHAMMAD ZULSYAMINI SUFIAN SURI
Ipoh: Cubaan menyeludup lebih 23 tan daging anak babi sejuk beku import membabitkan nilai lebih RM693,000 berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menerusi rampasan sebuah kontena di Pelabuhan Klang, Selangor, minggu lalu.
Pengarah Kastam negeri, Datuk Abdul Ghafar Mohamad berkata, cubaan menyeludup itu dipatahkan oleh Cawangan Penguatkuasaan JKDM Stesen Ipoh, di sini menerusi rampasan kontena terbabit selepas pemeriksaan jam 12 tengahari, 7 Mei lalu.
Katanya, kontena itu pada asalnya diikrarkan menerusi Borang Kastam 1 sebagai pelbagai jenis sayur sejuk beku namun pemeriksaan yang dibuat menemukan 9,634 bungkusan daging anak babi itu seberat 23,121 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM693,648 yang sekali gus tidak sama seperti yang diikrarkan.
Menurutnya, kontena itu berisi beberapa kotak sayuran di bahagian pintu masuk yang dipercayai bagi mengaburi mata penguat kuasa diimport masuk dari negara Vietnam sebelum ia dijual di pasaran tempatan.
Disyorkan
"Semasa pemeriksaan kesemua kotak berisi daging anak babi sejuk beku itu tidak memiliki pelekat sah daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) untuk mengimport masuk ke Malaysia," katanya ketika sidang akhbar di Kompleks Penguatkuasaan & Pematuhan JKDM Stesen Ipoh, di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, susulan rampasan itu pihaknya memanggil seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang bertindak sebagai ejen kepada syarikat pengimport daging anak babi berkenaan bagi membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nak-babi-sejuk-beku |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|