CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5344|Reply: 0

[Selangor] Serik, takut digigit anjing lagi

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:33 PM | Show all posts |Read mode

MUHAMMAD Zulafar menemani anaknya, Abderrahman Hakimi di wad hospital .FOTO Ihsan Muhammed Zulfakar Zolkaffly

Bangi: "Saya serik nak jalan di kawasan taman rumah kerana takut kena gigit lagi," kata Abderrahman Hakimi Muhammed Zulfakar, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan 4, di sini.

Abderrahman Hakimi, 10, juga mangsa serangan anjing liar yang menggigitnya pada bahagian betis kanan hingga menerima rawatan selama tiga hari di Hospital Kajang, Selangor.

Bercerita lanjut, bapanya, Muhammed Zulfakar Zolkaffly, 42, yang bekerja sebagai pegawai penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia berkata, kejadian berlaku di kawasan perumahannya di Jalan 4/6 Seksyen 4 di sini, pada 8 Mei lalu.

"Difahamkan, waktu itu hujan dan menurut anak, anjing berkenaan menyerangnya ketika nak hantar rakannya yang tinggal di seberang taman permainan pulang ke rumah.



"Waktu itu, hanya mereka berdua dan ketika lalu di taman permainan, dengan tiba-tiba beberapa ekor anjing muncul di sebelah anak saya.

"Disebabkan takut, anak saya melarikan diri dan rakannya bernasib baik kerana bawa payung sebagai pelindung diri.

"Ada enam ekor anjing kesemuanya dengan tiga daripadanya kejar anak saya yang berlari sejauh 150 meter," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Malangnya, Abderrahman terjatuh dan seekor daripada anjing liar itu sempat mengigit betis kanan sebelum diselamatkan seorang penduduk yang menghalau haiwan berkenaan dengan bertindak memukulnya.

"Selepas itu, penduduk berkenaan terus bawa anak dan ambil isteri di rumah untuk ke klinik berhampiran sebelum dirujuk di hospital.

"Keesokannya (Khamis lalu) anak terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang isi kulit pada bahagian gigitan untuk mengelak jangkitan kuman.

"Alhamdulillah, anak sudah dibenarkan pulang ke rumah Sabtu lalu, keadaannya stabil cuma nampak masih trauma dan sekarang perlu ke klinik setiap hari untuk cuci luka pembedahan.

"Setakat ini, tak ada komplikasi lain tetapi dikehendaki melengkapkan lagi dua dos vaksin rabies," katanya yang mendapat maklumat ada kes serangan anjing liar berlaku sebelum ini dan berharap tindakan segera pihak berkuasa supaya insiden berlaku tidak berulang.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 17 Farhan Haziq Mohamed berkata, dia sudah menziarahi Abderrahman Hakimi bagi melihat keadaan terkini kanak-kanak berkenaan yang semakin stabil.

Farhan Haziq turut memaklumkan kepada Muhammed Zulfakar mengenai langkah diambil MPKj dalam menyelesaikan kes anjing liar berkeliaran supaya tidak berulang.

"Sebagai ahli majlis, saya kesal dengan insiden tempoh hari jadi sudah bertindak memasang tiga perangkap selain letak umpan di kawasan terbabit.

"Bagaimanapun, kami belum dapat menangkap anjing terbabit kerana agak susah jadi buat masa ini, operasi pemantauan oleh penguatkuasa dipertingkatkan serta lebih kerap dibuat di situ.

"Insiden berlaku itu adalah kes kedua membabitkan gigitan anjing kerana sebelum ini memang banyak aduan tetapi berhubung anjing liar yang berkeliaran.

"Ia bukan isu baru malah sudah lama disuarakan cuma kapasti kita terhad kerana tak cukup perangkap, tempat simpanan dan tenaga pekerja," katanya.

Menurutnya, kos pengurusan membabitkan masalah berkenaan juga agak tinggi bagi memastikan penyelesaiannya efektif.

"Untuk pengetahuan, untuk tangkap anjing pun kena hati-hati kerana boleh mencederakan petugas dan kadang-kadang mereka juga dikecam atas tindakan penangkapan tersebut yang sebenarnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Veterinar.

"Jadi, besar harapan kita supaya NGO faham dalam usaha nak pastikan kes serangan anjing liar dan berkeliaran tidak berulang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -digigit-anjing-lag
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:14 PM GMT+8 , Processed in 0.053518 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list