View: 4918|Reply: 1
|
Man United masih impikan beraksi di pentas Eropah
[Copy link]
|
|
RASMUS Hojlund (kiri) meraikan jaringannya bersama Bruno Fernandes. FOTO REUTERS
London: Manchester United terus menghidupkan harapan menyelamatkan musim yang suram dengan melayakkan diri ke pentas Eropah selepas Amad Diallo menjadi tonggak kemenangan 3-2 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.
Skuad bimbingan Erik ten Hag sedang berjuang untuk mendapatkan tempat ketujuh dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), yang boleh menjamin tempat beraksi di Liga Konferens UEFA musim depan.
United akan layak ke Liga Europa jika mereka memenangi final Piala FA menentang Manchester City pada 25 Mei ini.
Namun, jika City menang di Wembley, tempat ketujuh sudah memadai untuk United mendapatkan tempat beraksi di Liga Konferens.
United yang ketika ini berada di kedudukan kelapan liga, masih dalam pemburuan tempat itu selepas menewaskan Newcastle untuk menyamai mata dengan Magpies yang berada di tempat ketujuh.
Gol sumbangan Kobbie Mainoo, Diallo dan Rasmus Hojlund di Old Trafford memberikan United kemenangan ketiga mereka dalam sembilan perlawanan liga.
Namun, perbezaan gol United jauh lebih rendah berbanding Newcastle sekali gus menyaksikan mereka mesti meraih keputusan yang lebih baik daripada Magpies dalam perlawanan terakhir musim ini.
Ia adalah keputusan yang sangat diperlukan oleh pengendali United, Erik ten Hag untuk mengelakkan dirinya daripada dipecat pada akhir musim selepas mengharungi kempen antara terburuk dalam era Liga Perdana.
"Adalah penting untuk memenangi perlawanan terakhir di Old Trafford musim ini. Penyokong berhak mendapat keputusan ini kerana mereka sudah melalui masa yang sukar dan sentiasa bersama kami.
"Kami mahu membalas budi penyokong. Kami akan bertemu Brighton dalam perlawanan terakhir di mana keputusan perlawanan itu amat penting untuk kedudukan liga," kata Ten Hag.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... si-di-pentas-eropah |
|
|
|
|
|
|
| |
|