View: 6769|Reply: 1
|
Juventus julang Piala Itali kali ke-15
[Copy link]
|
|
BARISAN pemain Juventus meraikan kejayaan mereka memenangi Piala Itali. FOTO AFP
Rom: Dusan Vlahovic menjaringkan gol tunggal untuk Juventus pada final Piala Itali awal pagi tadi menentang Atalanta yang gagal meraih trofi pertama mereka selepas enam dekad.
Gol pada minit ke-4 oleh penyerang Serbia, Vlahovic sudah cukup bagi Juventus menewaskan Atalanta 1-0 sekali gus menjulang Piala Itali kali ke-15 pada final yang agak hambar di Rom.
Skuad bimbingan Massimiliano Allegri hanya memenangi tiga perlawanan sejak akhir Januari lalu sebelum beraksi di pentas final tetapi masih mampu memberikan kesukaran kepada Atalanta.
Kemenangan awal pagi tadi mengakhiri kemarau trofi selama tiga tahun untuk Juventus, kelab paling berjaya dan menerima sokongan secara meluas di Itali namun tenggelam sejak kebelakangan ini.
Prestasi hambar pada musim ini mencetuskan spekulasi bahawa Allegri akan dipecat, malah beliau sendiri memberi isyarat bahawa kehadiran kali keduanya sebagai jurulatih Juventus bakal berakhir.
"Jika saya meninggalkan pasukan musim depan, ia adalah kerana saya sudah dipecat di media. Kami beraksi di Liga Juara-Juara dan sudah memenangi sebuah trofi.
"Kami melakukan segala-galanya yang sepatutnya kami lakukan, layak ke Liga Juara-Juara dan mara sehingga ke final. Barisan pemain beraksi dengan baik untuk memenanginya," kata Allegri kepada Mediaset.
Atalanta dianggap sebagai pilihan untuk meraih gelaran utama pertama mereka sejak memenangi piala itu pada tahun 1963, namun skuad bimbingan Piero Gasperini gagal menembusi gawang Juventus.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... la-itali-kali-ke-15 |
|
|
|
|
|
|
| |
|