Edited by stingerkaypoh at 18-5-2024 02:32 AM
PETALING JAYA – Kira-kira 10 wanita hadir mendapatkan nasihat kaunselor setiap minggu mengadu tentang suami mereka memilih berkahwin lain selepas isteri berubah menjadi gemuk.
Kaunselor keluarga, Asyikin Borhan berkata, terdapat sesetengah golongan suami yang sukar menerima perubahan fizikal isteri mereka terutama selepas bersalin.
Katanya, ada lelaki lebih memilih untuk bersama dengan wanita kurus serta pandai bergaya.
“Sebelum kahwin memang isteri dia cantik, kurus, tetapi lepas kahwin, dah bersalin pasti berat badan makin naik, nampak lebih berisi sampai buat suami ‘hilang selera’.
“Pengalaman saya sendiri dalam seminggu ada 10 wanita akan hadir ke sesi kaunseling untuk meluah rasa sedih mereka apabila suami pilih kahwin lain gara-gara mereka sudah gemuk.
“Kesian, tapi itu hakikitnya pandangan seorang lelaki yang mahukan isteri seperti anak dara,” kongsinya di aplikasi X baru-baru ini.
Menurut Asyikin, beliau sering mengingatkan para wanita di luar sana untuk sentiasa menjaga penampilan meskipun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak.
“Wanita kena jaga penampilan, jaga badan. Tak kisah ada ada lima sekali pun, kesihatan badan jangan abai. Tak semua suami kita mampu terima kita seadaanya selepas berkahwin, selepas bersalin. Sebab mereka (suami) tertarik pada kita (isteri) sewaktu masih muda, anak dara, pasti berbeza dengan keadaan selepas bersalin.
“Nak suami sayang, tak cari lain jaga mereka baik-baik, ikut minat mereka selagi mana ia tidak memudaratkan diri kita sebagai isteri,” pesannya. – KOSMO! ONLINE
|