CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5898|Reply: 15

Fatin Afeefa berhenti berlakon, menyanyi, mahu jadi wanita Islam lebih baik

[Copy link]
Post time 20-5-2024 12:00 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Pelakon Fatin Afeefa, 30, membuat keputusan meninggalkan bidang lakonan dan nyanyian atas permintaan suaminya, Aliff Awang atau Opai dan mahu fokus menjadi wanita Islam yang lebih baik.

Fatin atau nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin berkata, dia menghormati permintaan suaminya itu.


"Dia kata sebab semua itu (berlakon dan menyanyi) adalah aurat. Namun, saya cuba untuk perbaiki diri dan menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik. Suami kata suara itu aurat dan saya cuba belajar untuk kurangkan semua itu.

"Macam berlakon, semua sedia maklum kebanyakan akan secara bebas. Apabila saya fikir semula betul juga. Dulu masa saya berlakon pun bergaul dan bebas, ada laki orang, bini orang. Saya tidak mahu lagi berada di situasi itu lagi. Fokus sekarang keluarga saja," katanya.

Walaupun akan meninggalkan bidang itu, namun Fatin meminta suaminya memberi sedikit kelonggaran untuk dia membuat beberapa kempen-kempen tertentu.

"Maklumlah saya sudah terbiasa bekerja. Saya hanya keluar sebulan sekali bekerja dan dia bersetuju," katanya.

Ditanya sama ada dia berasa ralat meninggalkan lakonan dan nyanyian, Fatin berkata, ketika ini dia lebih suka duduk di rumah.

'Tak tahu macam mana nak jelaskan, tapi rasa tenang saja perasaan. Hidup dalam keadaan yang orang ramai tak ambil tahu, tiada tekanan," katanya.

Fatin berkata, setakat ini dia masih menerima tawaran berlakon dan kali terakhir ialah pada Januari lalu untuk drama 29 episod.

Menurut Fatin, antara sebab dia ingin memperbaiki diri ialah kerana dia dan suami ingin menjadi contoh ibu bapa terbaik untuk anak-anak mereka.

"Kami mahu menjadi muslim yang lebih baik. Kami juga sudah padam hantaran-hantaran yang haram dan tidak elok di media sosial. Untuk mendidik anak, ibu bapa perlu tunjuk contoh yang baik untuk diikuti.

"Saya pun masih belajar untuk semua itu. Termasuk memakai tudung dulu pun agak kekok pada mulanya tidak tahu. Insya-Allah, doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga," katanya.

Fatin dan Opai mendirikan rumah tangga pada Disember 2022 dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Subang Jaya.

Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon, Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan, Ivy Herra Sophia, 9.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 01:58 PM | Show all posts
Dia hanya layak buat OnlyFans.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:07 PM | Show all posts
IG sheols pun banyak dah posts sheols removed ya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:08 PM | Show all posts
betul ke dia bersalin?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
dh nk wanita islamik nape kawin retis??? bodo punya opai.. lain kali carik ustazah, hafizah
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 03:08 PM | Show all posts
dia ni macam poyo
gosip dah bersalin
pastu putar2
eloklah duk rumah jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2024 04:11 PM | Show all posts
Tp tipu forex halal pulak
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 04:15 PM | Show all posts
so kalau tiba-tiba muncul balik satu hari nanti, faham-faham je la..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay lah tu dak patin. Ada kau dalam industri pun takde impak besar, takde pun takde orang kisah. Papepun semoga semua hajat yang baik anda tercapai
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
akuHavocczz replied at 20-5-2024 04:35 PM
Okay lah tu dak patin. Ada kau dalam industri pun takde impak besar, takde pun takde orang kisah. Pa ...

Uishh..makan dlm ni..mahunya dia buang terus all medsos kalau terbaca posting ini...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga terus istiqamah ye..bukan la nak meragui niat baik nak berubah cuma perkara mcm nie lebih baik kita diam2 je..perjalanan berumah tangga tu masih jauh..ada naik turunnya..bimbang kedepan nanti kau rebel la pulak..yelah sejarah silam kau tue buat akak skeptikal sikit..tgk mcm nina iskandar tue..katanya dah terbang tudungnye..info dari tered sebelah..maaf lah ye..akak dukun nie hati hitam sikit..

#donehentamsecaraberhemah

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlaku pun tak best. Elok la blah cepat
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun lupa mcm mana rupa dia ni & apa lakonan dan nyanyian dia yg significant?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2024 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
lakinya pun dh senyap..knapa ye
mula2 kwin hr tu,laki plak over

#netijemsujudsukurrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
good riddance kekdahnye
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2024 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoola replied at 20-5-2024 10:06 PM
lakinya pun dh senyap..knapa ye
mula2 kwin hr tu,laki plak over


mungkin haritu kena bantai dengan netizen pastu baru sedar kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 02:53 PM GMT+8 , Processed in 0.515992 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list