CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3680|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mediasi kes saman Kon Yeow, Kok Ping gagal

[Copy link]
Post time 20-5-2024 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Mediasi kes saman Kon Yeow, Kok Ping gagal

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

20 Mei 2024 02:08pm








Kon Yeow (kiri) bersama peguamnya selepas proses mediasi yang dijalankan pada Isnin. Gambar kanan: Kok Ping




GEORGE TOWN - Proses mediasi kes saman Ketua Menteri, Chow Kon Yeow terhadap Presiden Kehormat Seumur Hidup Dewan Perniagaan Tionghua Pulau Pinang (PCCC), Tan Sri Tan Kok Ping yang diadakan di Mahkamah Tinggi di sini tidak menemui jalan penyelesaian.

Oleh demikian, kes akan dibicarakan selama tiga hari bermula 26 hingga 28 Ogos depan di Mahkamah Tinggi George Town.



Kon Yeow diwakili peguam Cheah Eng Soon manakala Kok Ping diwakili Kek Boon Wei.

Kok Ping ketika ditemui di pekarangan berkata, proses mediasi tidak berjaya dan kes akan dibawa ke mahkamah pada Ogos depan.



"Proses mediasi hari ini gagal, oleh itu, saya serahkan kes ini kepada mahkamah untuk menentukannya. Kes akan berjalan bermula 26 Ogos ini.

"Walaupun pihak plantif menuntut untuk saya memohon maaf, saya tidak akan (memohon maaf). Saya lebih rela jalankan kes berbanding memohon maaf secara terbuka.

"Biar mahkamah yang menentukan, siapa yang benar, siapa yang salah," katanya pada Isnin.

Oktober tahun lalu, Kon Yeow akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kok Ping kerana didakwa mengaibkan dan menjatuhkan maruahnya sebagai Ketua Menteri.




Keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pulau Pinang selepas satu sidang media oleh PCCC yang diadakan sehari sebelum itu.
PCCC menyatakan kekesalannya apabila beberapa soalan berkaitan penjualan tanah di Byram, Batu Kawan yang dikemukakan kepada Kon Yeow sejak Julai 2023 tidak dijawab.

Antara persoalan yang dikemukakan adalah bagaimana proses penjualan tanah berlaku, siapa di pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang memberikan kelulusan dan siapa yang beri kuasa untuk menandatangani proses tersebut.

Kenyataan tersebut didakwa dalam sidang media yang diadakan oleh pertubuhan tersebut dan telah disiarkan oleh media cetak dan dalam talian secara meluas.

Kok Ping juga didakwa telah menggunakan perkataan-perkataan mengaibkan dan menjatuhkan maruah Kon Yeow.

Selain itu, beberapa media juga melaporkan, Kok Ping menuduh Kon Yeow sebagai 'tidak cekap, jahil dan tidak tahu malu' kerana mengelak soalan mengenai perjanjian itu.

Sebelum itu, PCCC telah mempertikai penjualan tanah seluas 223.6 hektar yang terletak di kawasan Seberang Perai Selatan itu dijual kepada sebuah syarikat tanpa melalui tender terbuka.

Susulan daripada itu, Kon Yeow dalam satu kenyataannya telah mempertahankan urus niaga menerusi rundingan terus yang dimeterai dengan UMECH Construction Sdn Bhd.

Dalam pada itu, Lembaga PDC telah menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn Bhd selepas mendapati berlaku perubahan majoriti struktur ekuiti syarikat berkenaan.

Menurut PDC, perubahan majoriti struktur ekuiti syarikat UMECH Land Sdn Bhd itu juga disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak boleh diterima.

Bagaimanapun, Lembaga PDC mengesahkan bahawa proses pemilihan syarikat UMECH Land Sdn Bhd dalam pembelian tanah di Batu Kawan itu dijalankan dengan telus.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.286908 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list