CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5506|Reply: 0

[Kedah] RM300 juta penyenggaraan Jalan Persekutuan

[Copy link]
Post time 20-5-2024 06:53 PM | Show all posts |Read mode
RM300 juta penyenggaraan Jalan Persekutuan


Oleh Hamzah Osman - Mei 20, 2024 @ 6:18pm [email protected]




Nanta Linggi (tengah) melakukan cabutan undi ketika menghadiri Majlis Cabutan Undi Tawaran Pelaksanaan Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1-G4 di Pejabat Jabatan Kerja Langkawi. - Foto NSTP/Hamzah Osman





LANGKAWI: Kerajaan memperuntukkan RM300 juta bagi kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan yang akan dilaksana kontraktor kecil Bumiputera di seluruh negara pada tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata daripada jumlah itu, sejumlah RM200 juta adalah bagi 336 kerja yang ditawarkan kepada kontraktor di Semenanjung dan bakinya untuk 122 kerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.

"Kerja penyenggaraan ini ditawarkan kepada kontraktor gred G1 hingga G4 menerusi cabutan undi, diharap ia dapat membuka ruang dan peluang kepada kontraktor terbabit untuk lebih maju ke hadapan.

"Pelaksanaan menerusi peruntukan daripada Kementerian Kewangan ini diyakini dapat membantu kontraktor kecil menjana pendapatan dan kelangsungan perniagaan mereka," katanya.

Beliau ditemui selepas hadir Majlis Cabutan Undi Tawaran Pelaksanaan Kerja Penyenggaraan Jalan Persekutuan Inisiatif Bajet 2024 Bagi Kontraktor Kecil Bumiputera G1-G4 di Jabatan Kerja Langkawi (JKR) di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Pengarah Urusan THB Maintenance Sdn Bhd, Datuk Seri Hasnul Rabiain Ismail dan Pengarah JKR Kedah, Mohd Fisal Ismail.

Mengulas mengenai majlis cabutan berkenaan, Nanta Linggi berkata, peruntukan berjumlah RM26.98 juta disediakan bagi melaksanakan 45 kerja penyenggaraan di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang tahun ini.

"JKR akan memantau kualiti kerja serta menilai prestasi setiap kontraktor dan penilaian itu akan dijadikan asas sama ada kontraktor berkenaan layak untuk dipertimbangkan dalam pemberian kerja pada masa hadapan," katanya.














Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-3-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 1.492108 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list