View: 8057|Reply: 0
|
Adam syukur jaringkan gol, pencetus kebangkitan Sri Pahang
[Copy link]
|
|
Aksi pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin. FOTO: Sri Pahang FC
KUANTAN: Pemain pertahanan Sri Pahang FC, Adam Nor Azlin bersyukur kerana jaringan pada babak kedua ketika seri 2-2 berdepan Kuching City FC (KCFC) kelmarin menjadi pencetus kepada kebangkitan skuad itu.
Adam yang bersama skuad Tok Gajah bagi musim 2024/2025 berterima kasih di atas komitmen rakan sepasukan untuk memastikan Sri Pahang tidak pulang dengan tangan kosong di Kuching.
"Saya bersyukur dan berterima kasih kerana dapat menjaringkan pertama sebelum disusuli gol penyamaan Manuel Hidalgo yang membantu mengikat Kuching City di tempat lawan. Selepas ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, kami memang berusaha untuk mencari gol awal pada babak kedua bagi menaikkan moral semua pemain.
"Syukur ia berhasil dengan dua gol penyamaan ini, ia memberikan lebih keyakinan kepada kami dan memastikan skuad Tok Gajah beroleh keputusan terbaik," katan pemain berusia 28 tahun itu.
Pada saingan di Stadium Sarawak kelmarin, KCFC mendahului dengan dua gol pada babak pertama menerusi jaringan Tchetche Kipre dan Jordan Mintah sebelum jaringan Adam pada minit ke-62 membantu membangkitkan semula semangat Sri Pahang. Hidalgo mengikat kedudukan kepada 2-2 pada minit ke-78.
Selepas dua perlawanan, skuad Tok Gajah kini menghuni kedudukan keempat Liga Super dengan empat mata.
https://www.bharian.com.my/sukan ... angkitan-sri-pahang |
|
|
|
|
|
|
| |
|