CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 0

[Pulau Pinang] ‘Khayla sayang semua’

[Copy link]
Post time 22-5-2024 03:54 PM | Show all posts |Read mode

Mohamad (duduk, kiri) menziarahi Khayla (tengah) di Taman Pauh Jaya, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Terima kasih kepada semua yang bantu sumbang dana. Khayla sayang semua,” itu kata-kata yang dilontarkan Khayla Adha Mirza Imran,8, yang menghidap penyakit Osteogenesis Imperfecta (OI) atau penyakit tulang rapuh.

Bapanya, Imran Mohd Yusoff, 45, berkata anak bongsu daripada tiga beradik itu memerlukan RM126,000 setahun bagi menampung rawatan Khayla.

“Dua kali dalam tempoh sebulan Khayla perlu disuntik dengan dos penggalak stemcell (stemcell booster) yang berharga RM2,400 bagi setiap suntikan.

“Dua bulan sekali pula, dia memerlukan suntikan ‘blood stemcell’ yang menelan belanja RM11,400 bagi setiap suntikan. Kedua-dua prosedur ini hanya boleh dijalankan di Hospital Gleneagles Ampang,” katanya ketika ditemui pemberita di Taman Pauh Jaya, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Terdahulu, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr. Mohamad Abdul Halim hadir menyerahkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga terbabit.

Mengulas lanjut, Imran yang berniaga donat bomboloni bersama isterinya, Khairol Niza Zaffarullah Khan, 44, berkata, beliau berharap Khayla akan dapat berjalan seperti kanak-kanak lain suatu hari nanti.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, berkata Zakat Pulau Pinang (ZPP) memperuntukkan bantuan tanpa tunai bulanan sebanyak RM2,000 dan sumbangan ‘one off’ berjumlah RM30,000 buat Khayla. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05/22/khayla-sayang-semua/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Anda Fobia dengan.....
fahdramliAnda Fobia dengan.....
Views : 30120 Replies : 180
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 194621 Replies : 4518
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7039 Replies : 36
PELIZ BE CAREFUL.
5-zaLPELIZ BE CAREFUL.
Views : 4677 Replies : 24
Bila bbnu bercinta #6
BoomibulatBila bbnu bercinta #6
Views : 8329 Replies : 53
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10702 Replies : 54
i love u husband
vanilla_velli love u husband
Views : 6724 Replies : 42
Doktor yang suruh...
epuepyDoktor yang suruh...
Views : 7095 Replies : 39
Atm dah ada drive thru
riena3321Atm dah ada drive thru
Views : 6318 Replies : 50
Seorang abah 'tertinggalkan' anak dia..
RinInaSeorang abah 'tertinggalkan' ana
Views : 10316 Replies : 47

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.071131 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list